Wednesday, August 10, 2011

Racun : Berita Gembira Buat Rakyat Kelantan!



Demo kate nak mansuh TOL tetapi kenapo nak buat jalanrayo berTOL???? Demo dah lupo kitab "JINGAY" ko? Demo dah lupo ke janji pilihanrayo? Demo cakap ikut mulut "bawah" ko? Demo nak jadi orang MUNAFIK ko bilo tak beriman dengan apo yg demo kato???...... Woooo.. lupo daaa.. negaro berkerbajikang.... nak berkerbajikan macam mano duit pitis tak do.. TOL kan je la lebuh rayooo kan....


.............................

Pas Kelantan rancang bina lebuh raya bertol RM1.9 bilion

KOTA BHARU 10 Ogos - Kerajaan Pas Kelantan merancang membina lebuh raya empat lorong sepanjang 63 kilometer antara Kota Bharu – Kuala Krai yang bakal menyaksikan penduduk negeri ini membayar tol buat pertama kali selepas lebih 20 tahun pemerintahan Pas di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, pembinaan lebuh raya itu dijangka menelan belanja RM1.9 bilion termasuk kos pengambilan tanah.

Husam mendakwa, permohonan mereka sebelum ini untuk pembangunannya di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) tidak mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan, justeru kerajaan negeri mengambil keputusan membangunkannya sendiri sebagai jalan negeri secara penswastaan.

"Kerajaan negeri mengambil keputusan memulakan sendiri pembangunan lebuh raya ini tanpa menunggu lagi Kerajaan Persekutuan kerana mungkin Kerajaan Persekutuan tidak melihatnya sebagai keutamaan mereka.

"Tujuan kita ambil inisiatif ini untuk membantu anak Kelantan terutama yang pulang berhari raya mengelak kesesakan yang teruk, kalau ada jalan terus dari Kuala Krai ke Kota Bharu, kita jangka masa perjalanan hanya akan mengambil masa antara 30 hingga 40 minit sahaja.

"Memang ada pihak swasta yang sudah datang sebelum ini dan membuat beberapa cadangan tetapi kita perlu melalui beberapa proses dan penilaian terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini. - Utusan



4 comments:

Anonymous said...

Eh kenapa nak kenakan TOL pada rakyat pulak? Nanti jadi ZALIM macam kerajaan BN pulak.

ha ha ha ...........ha ha ha

Anonymous said...

Boleh percaya ke janji PAS ni takut nanti batu asas je yang dibuat macam batu asas jambatan kedua menghubung kampung cina dengan Palekbang. Kalau nak menipu pun jangan la di bulan puasa ni.

Anonymous said...

Boleh percaya ke janji PAS ni takut nanti batu asas je yang dibuat macam batu asas jambatan kedua menghubung kampung cina dengan Palekbang. Kalau nak menipu pun jangan la di bulan puasa ni.

Anonymous said...

Elok dan molek benar la tu kita TOLkan rakyat kita hok bodoh2 belako tak serupa Dato Husam hok cerdik dale kain..

Tidak pon Dato bagi jah tanah beberapa ribu hektar ko Cina proksi Dato supaya dia buleh buat jalan KB-KK..