Wednesday, August 3, 2011

Kecoh Pasal Mismah. Mungkin ini perancangan taktikal PEMBANGKANG mengenakan SPR?

Sebarkan Segera : Blogger YY Bongkar Pembohongan Malaysiakini Isu IC Mismah !!!





Kecoh pasal si Mismah yang kononnya diberikan warganegara dalam masa 4 jam. Selepas dapat status warganegara, Mismah yang pada awalnya memilik IC Merah (PR) dikatakan sudah didaftarkan sebagai pengundi.

Malaysiakini menyebut Mismah merupakan pengundi berdaftar yang baru. Bermakna Malaysiakini menggambarkan bahawa Mismah telah pun bergelar pengundi yang sah!

Semakan saya melalui semakan secara talian melalui laman web SPR mengeluarkan hasil berikut :


Semakan saya mendapati status Mismah yang memiliki kad pengenalan bernombor 670704-71-5238 adalah 'PERMOHONAN YANG SEDANG DIPROSES".

Ini bermakna mengikut rekod SPR Mismah bukanlah pengundi berdaftar sebagaimana digambarkan oleh Malaysiakini.

Saya tidak berpuas hati di situ, saya membuat semakan kedua melalui SISTEM SEMAKAN PEMILIH BAGI ISI RUMAH.

Rekod Mismah yang dikatakan Malaysiakini telah berdaftar sebagai pemilih menunjukkan bahawa rekod berkenaan 'TIADA DALAM DAFTAR PEMILIH' .


Ini bermakna laporan Malaysiakini yang mengatakan bahawa individu bernama Mismah ini telah pun sah menjadi pengundi merupakan satu pembohongan jahat dan bersifat menyerang SPR bertujuan untuk menguatkan sokongan rakyat kepada kempen Bersih 2.0 yang digerakkan mereka.
........................... SELANJUTNYA DI Blog PPC...........................

Kata aku... kata aku la.... Parti politik dibenarkan mendaftarkan pengundi kepada SPR dan mungkin ini juga perancangan teliti pihak PAKATAN PEMBANGKANG dalam mengenakan SPR.

Beberapa kemungkinan boleh dipertimbangkan bagaimana isu ini timbul....

1. Pengundi berkenaan didaftarkan oleh Parti Pembangkang?
2. Dengan segera mereka menimbulkan isu ini bilamana status pemohonan telah muncul dalam system SPR?
3. Pakantan dilakukan sesama mereka terutama akhbar utama mereka untuk memperlihatkan kelemahan SPR dan menyebarkan dengan segera ke pengetahuan rakyat?
4. Segalanya dirancang dengan teliti termasuk kerjasama dalaman?

SPR boleh menyemak kembali status pemohonan berkenaan dan siapa yang bertanggungjawab mendaftar pengundi ini kedalam system SPR. Adakah permohonan datangnya dari parti tertentu dan juga data dimasukkan oleh pekerja yang bersekongkol dalam mengena SPR. SPR juga perlu menambahbaik proses pemohonan dan pembersihan kerana ada kemungkinan parti politik cuba menkucarkacirkan daftar pengundi untuk kepetingan mereka sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

Tidak hairanlah sebab Malaysiakini selalunya buat maklumat palsu. Banyak maklumat Malaysiakini telah dibuktikan salah dan tidak benar. Apatah lagi Malaysiakini ataupun Mkini.com adalah tajaan NED (National Endowment Democratic) NGO Yahudi yang mendokong perjuangan Anwar.

Minta SPR siasat siapa/agen yang mendaftarkan Mismah itu. Mungkinkah betul kerja parti politik Pakatan Rakyat... DEDAHKAN