Wednesday, August 3, 2011

Gempak : Nantikan Pendedahan Selanjutnya oleh CTS!



Sebagai posting pengenalan, biarlah CTS merahsiakan dahulu nama penuh, alamat, NRIC serta gambar pemilik akaun wanita anti Islam ini. Ini kerana CTS dan sahabat-sahabat sedang mengumpul maklumat terperinci dan sedang berurusan dengan Jabatan Agama Islam dan agensi-agensi terlibat untuk membawa wanita murtad ini ke muka pengadilan. Buat pembayang, beliau merupakan seorang wanita belia yang berasal dari keluarga campuran. Bapanya seorang mualaf Cina dan ibunya seorang Melayu. Pernah mendapat pendidikan di sekolah agama dan pernah juga melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Wajah graduan UUM ini boleh dikategorikan sebagai golongan cantik. Sayangnya, kecantikan anugerah Allah itu disalahgunakan untuk menghina Agamanya sendiri. Beliau juga merupakan penyokong kuat P"Gay"R dan menjadikan UMNO dan BN sebagai musuh keduanya selepas Agama Islam.

Menurut bualan rakan-rakannya, beliau berubah menjadi anti Islam disebabkan kecewa dengan tindakan teman lelakinya yang membunuh diri. Teman lelakinya tekad membunuh diri selepas usaha beliau untuk murtad telah dihalang oleh sistem perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia. Akibat terlalu kecewa, "Makcik Hajjah Sitt" mengambil keputusan untuk menentang Kerajaan BN di Malaysia yang menjunjung kuat Agama Islam. Nantikan pendedahan mengejutkan mengenai wanita murtad ini di masa hadapan, sekiranya masa dan keadaan menizinkan pihak kami untuk mendedahkannya.

from Blog CTS


No comments: