Thursday, July 28, 2011

Racun : PAS dan YAHUDI tiada beza?




Orang PAS: Apakah kerajaan yg ditunjangi UMNO-BN sekarang menurut Qoran dan Sunnah seperti yang sedare jelaskan
itu? Apakah penggunaan riba dalam sistem ekonomi malaysia, penganjuran pogram hiboran melalaikan anak muda baik di TV, jomheboh itu sunnah? Apakah berPMkan Najib yg ahli keluarga beliau tidak menutup aurat itu sunnah?



Orang PAS: Kemungkaran paling besar kerajaan umno-bn ialah tidak memahami kalimah syahadah lantas tidak mengikut Qoran dan Sunnah. Apakah saudara boleh menyokong dan berbangga dengan kerajaan jenis ini?

Orang PAS: Eloklah saudara jangan memutar belitkan perkataaan Qoran dan SUnnah semata-mata mahu menyokong kerajaan umno-bn yang saudara sendiri maklum TIDAK mengikut Qoran dan Sunnah pun; baik sistem pemerintahan negara dan keluarga mereka sendiri.

My Reply:

Saya faham saudara sangat hairan bin ajaib kenapa saya tidak mengkritik pemerintah sebagaimana sy mengkritik PAS.

Untuk pengetahuan saudara, saya konsisten mengatakan bahawa perjuangan PAS dan UMNO adalah perjuangan mendapat dan mengekalkan kuasa. PAS dan UMNO seumpama dua pasukan bola sepak yang berebut bola dan cuba mengekalkan bola dalam jagaan agar tidak terlepas kpd pasukan satu lagi. PAS dan UMNO adalah dua parti politik yang berentap dalam gelanggang demokrasi.

Sistem demokrasi yg diamalkan di Tanah Air kita ini adalah tinggalan pemerintah British yang menganugerahkan kemerdekaan kpd Tanah Melayu pd tahun 1957 dahulu kala.

Dalam sistem demokrasi, parti politik akan beradu undi semasa pilihanraya. Parti2 politik dgn bijak akan menggunakan isu2 yang dijangka dapat menarik undi seramai yang mungkin dgn harapan dapat majoriti yang besar dan dapat mandat untuk menjadi pemimpin2 yang memerintah negara.
Dalam sistem demokrasi, pemilihan ketua dibuat oleh semua orang termasuk orang yang suka agama atau tidak suka agama, orang baik atau orang jahat, orang islam atau orang bukan islam. Dalam erti kata lain, semua layak memilih ketua.

Sebagai contoh, satu negara A yang mempunyai penduduk 100 orang rakyat jelata. Jika 80 orang rakyat negara itu ialah terdiri orang yg tidak suka agama, orang islam yg liberal orang yang suka seks bebas, orang yg berfahaman agama plurisme, orang suka liwat, orang yg suka kacau anak bini orang, orang kafir yg menentang islam. Dan sebaliknya, 20 orang sahaja orang islam yg taqwa & suka mengajak kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Maka, dalam pilihanraya negara A akan pasti diketuai oleh orang yg memiliki majoriti drpd 80 orang tadi.

Sebaliknya dalam negara islam yg tidak menggunakan sistem demokrasi yg wujud semasa zaman Rasulullah saw dan Khulafah Ar-Rasyidin berbeza cara memilih ketua negara dan pemimpin.

Pemilihan ketua berdasarkan taqwa dan yang benar2 memiliki kualiti memimpin. Siapa yang paling taqwa, bijaksana, tegas tapi tidak sombong, lembut tapi tidak lemah, pemurah tapi tidak boros, berjimat tetapi tidak bakhil akan dipilih jadi pemimpin. Semasa di Mekah dan Madinah, Nabi saw jadi ketua. Selepas ketiadaan Rasulullah saw, pemilihan Abu Bakar dibuat oleh 2 sahabat besar yakni Umar r.a & Abu Ubaidah bin Jarrah r.a. Apabila mereka berdua berbaiah dgn Abu Bakar r.a sbg Khalifah, barulah semua orang islam terima Abu Bakar r.a

Begitu juga yg berlaku semasa pemilihan Umar r.a ketika menjelang kematian Abu Bakar r.a. Abu Bakar r.a telah mengarahkan 6 orang sahabat2 ulung memilih diantara mereka berenam yang paling layak dipilih jadi ketua berdasarkan kualiti2 tadi. Dan jelas nyata antara yg 6 tadi, umar lah yg menepati ciri2 kualiti pemimpin yg disebut tadi.

Jadi pemilihan ketua di negara islam spt zaman Rasulullah & Khulafak Rasyidin dibuat oleh sebilangan orang taqwa sahaja. Berbanding dlm sistem demokrasi yg mana semua orang layak memilih.

Oleh krn sejak sebelum merdeka hingga sekarang, sebilangan orang taqwa yg wujud zaman Rasulullah & Khulafak Rasyidin belum ada maka dengan kehendak Allah jua, pemilihan ketua spt zaman kegemilangan islam 1400 tahun dulu belum dapat diamalkan lagi sehinggalah ke suatu waktu bila orang islam kembali kpd ajaran islam yg sebenar seperti yang ditinggalkan oleh Rasulullah.

Maka, pada waktu itu Allah akan suka atau redha dgn umat islam dan kegemilangan islam kembali spt yang nabi saw sebutkan bahawa selepas islam cemerlang dizaman aku, ia akan kembali mundur dan islam akan kembali bangkit dari timur.

Maka dengan kehendak Allah jua, semasa negara kita diberi kemerdekaan hinggalah sekarang negara kita masih lagi amalkan sistem demokrasi dlm menentukan pemerintah negara ini. Memang saya akui bhw pemerintahan di Malaysia belum lagi seperti pemerintahan di zaman kegemilangan islam dahulu krn Allah berbuat demikian krn janji Allah mengangkat pemimpin yg taqwa apabila wujud sebilangan orang taqwa sbgmana yg Allah sebut dlm Quran:

Surah AnNur:55

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka."

Selagi amal orang islam lebih kurang sahaja seperti sekarang, yang nampak beragama pulak hanya pada rupa shj, orang yg rupa agama & cakap agama shj tetapi hati mahukan dunia, kuasa, harta spt orang dunia lain, maka selagi itulah pemimpin yg taqwa tidak akan Allah datangkan kpd kita.
....................... selanjutnya di GAP ..................

No comments: