Monday, July 11, 2011

Racun : Mengapa AMBIGA tetap dihati para ULAMAK PAS dan juak2nya.


Sembang-sembang kedai kopi dipagi sabtu hari tu sempat juga join minum semeja dengan juak2 pendemo yg ingin bergerak ke pusat bandar Kuala Lumpur. Den yang sekadar duduk semeja dan layan baca surat khabar sempat juga mendengar ucapan kepala pendemo yang beristeri dua.

Yang paling aku tertarik adalah mengapa mereka ini masih sokong Ambiga biarpon segala ciri-2 laknat sorang nie jelas menjejaskan ISLAM. Katanya yang pernah satu lokap dengan Zul Nordin dahulu :-

"Ambiga hanya seorang peguam dan undang-undang yang digunakan dalam kes LINA Joy dan murtad adalah atas lulusan Menteri yang berkaitan. Ambiga sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai peguam kepada anak buahnya. Yang perlu diubah adalah menteri yang berkenaan bukan Ambiga. "

Yang jelas, mereka ini sekadar memikirkan kesan jangka pendek tetapi tidak jangka panjang. Lakonan Ambiga berjaya membuatkan mereka ini sanggup melutut dan mengikut kata2 seorang peguam kafir demi memastikan matlamat menjatuhkan kerajaan. Mereka sendiri telah melihat berapakah kepala2 india yang turun berdemo dijalanan.

Selain itu antara isu yang dibangkitkan oleh kepala pendemo berkenaan adalah seperti berikut :-

1. Pendemo jangan sesekali membawa kad @ pass kerja untuk mengelakkan mereka dikesan terutama penjawat awam. Ini kerana pihak polis tidak akan membuat tindakkan susulan dalam mengesan kerja pendemo.

2. Jangan jawab sebarang soalan yang diaju oleh pihak polis. Semuanya dijawab di makamah atas nasihat peguam.

3. Jika isu kerja menjadi persoalan cuma jawab "BERNIAGA SENDIRI".

4. Pihak polis tak boleh mendakwa kerana tiada akta yang bersesuaian dalam mendakwa pendemo.

5. Beliau juga mendakwa borang2 yang diisi pendemo akan dibuang begitu sahaja oleh pihak polis selepas selesai isu demonstasi.

6. Jika pihak polis mengeluar arahan untuk lapor diri di balai, abaikan.

Kebanyakan fakta ini didakwanya atas nasihat peguam. Jelas mereka telah bersedia dan berasa selamat walaupon ditahan oleh Polis. Ini juga menunjukkan pihak POLIS dikatakan tidak serius dalam menangani isu jangka panjang terhadap pendemo2 yang ditahan.


Pihak polis perlu buat sesuatu..........

No comments: