Wednesday, July 13, 2011

Racun : Kerana "periuk nasi rasuah" mereka kena gempur, Rosmah difitnah???

Konsep "rakyat didahulukan" nampaknya telah memberi impak kepada rakyat berbilang kaum untuk kembali menyokong DS Najib Tun Razak.

Pembangkang merasakan kredibiliti DS Najib semakin sukar untuk dikotori, maka mereka mengalihkan serangan kepada isterinya, sambil berharap ia sedikit terpalit kepada imej Perdana Menteri.

Dakwaan kononnya DS Rosmah Mansur memberi cincin berlian bernilai US24 juta adalah fitnah semata-mata.

Pertama:
Sangat mencurigakan apabila cincin yang berharga sedemikian dihantar melalui COURIER yang kemudiaannya diperiksa oleh pegawai kastam A. Krishnan di pintu masuk negara?

Perlukah untuk membuat "order"?

Bukankah lebih mudah, cash and carry? atau cash and wear it?

Kedua:
Pembangkang mendakwa cincin berlian DS Rosmah 3.48 carat - harga US24juta.

klik gambar untuk besarkan imej
Dan cincin berlian termahal dinilai pada US16.26 juta dengan 9 carat!!! Sedangkan, cincin yg kononnya dibeli oleh DS Rosmah dengan 3.48 carat, berharga RM24 juta? Logik ke? 3 kali ganda nilai carat nya tuh!

klik gambar untuk besarkan imej
Ini pula cincin berlian merah jambu yang hanya satu dalam sejuta, sukar ditemui, berharga US10.8 dengan 5 karat!!!

Anda fikirkanlah logik akal.

Cukup2lah bermain dengan fitnah, wahai pembangkang!!!

Apakah terdapat orang di dalam Kastam yang cuba mensabotaj nama Perdana Menteri kerana jabatan itu telah digempur gara-gara rasuah yang sudah berakar umbi sekian lama?

sumber : GERAKAN TIMUR!

No comments: