Tuesday, June 28, 2011

Racun : Sapa sokong Ambiga bermakna sokong MURTAD?!

Perhimpunan Bersih tetap diteruskan - Ambiga


AMBIGA Sreenevasan dan A. Samad Said ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 27 Jun - Perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2 tetap akan diadakan pada 9 Julai ini walaupun Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Ambiga berkata, Bersih tidak akan menukar pendiriannya untuk menganjurkan perhimpunan haram itu di sini meskipun dihalang pihak berkuasa dan pihak lain.

Menurutnya yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, beliau tidak terkejut dengan laporan polis yang mencecah lebih 1,500 daripada pelbagai pihak yang mahukan polis menghalang Bersih.

"Perhimpunan Bersih akan diteruskan juga kerana kami tahu polis tidak akan mengeluarkan permit kerana ia hanya demonstrasi aman untuk menuntut demokrasi.

"Kehadiran dua kumpulan lain iaitu Pemuda UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak mengugat hasrat kami itu dan mereka boleh bersama kami jika mahu," katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada polis di IPD Dang Wangi di sini hari ini.

Ambiga dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dipanggil polis untuk direkod keterangan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 kerana cuba mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

...................

Ambiga sokong lina joy murtad so sapa sokong bersih, sokong ambiga.... dia sama sekali sokong MURTAD!


lu pikir la sendiri............

1 comment:

Rakus seorang bujang said...

saya mewakili pihak mykmu.net ingin menarik perhatian pihak tuan
bahawasanya...laman web mykmu.net akan mengadakan Majlis Himpunan penulis penulis maya pada november ini, Insya'Allah ..Perdana Menteri Malaysia turut akan menghadiri majlis tersebut tarikh resmi akan diberitahu kelak...

Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu Majlis berkemungkinan diadakan di lembah klang..penginapan akan disediakan bagi peserta yang datang dari luar lembah klang ...


andai berminat sila beri nama, blog anda dan no tel untuk dihubungi..


Tuan boleh menghubungi saya di email dkds@mykmu.net