Wednesday, June 8, 2011

Racun : Kerana Video Sex Anwar, Dasar Negara Islam ala PAS digugurkan dari Perjuangan.

Gugur dasar negara Islam dikritik

KUALA LUMPUR 7 Jun – Langkah Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggugurkan dasar negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan kini mencetuskan kemarahan ahli akar umbi sehingga menjejaskan keyakinan mereka terhadap Pas.

Mereka yang sebelum ini mendokong perjuangan Pas kerana terpesona dengan hasrat parti itu untuk menubuhkan negara Islam, mula mempersoal dasar baru tersebut secara terbuka kepada pemimpin-pemimpin Pas melalui saluran laman sosial Facebook.

Terbaru, perasaan amarah itu menjadi perdebatan terbuka di akaun Facebook bekas Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad, sehinggakan beliau yang baru tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden turut menjadi mangsa ‘serangan’ apabila dituduh tidak efisien.

“Yang peliknya Pas ini, sekejap kata nak tegakkan negara Islam, sekejap nak negara kebajikan, mana satu sebenarnya hala tuju Pas? Jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran,” kata seorang penyokong Pas yang dikenali sebagai Rosli Hashim.

Tegas Rosli, Pas kena kembali kepada perjuangan sebelum ini dengan menetap pendirian untuk menegakkan agama Islam dan bukannya sekadar menjadi ‘pak turut’ kepada pihak lain dalam pakatan pembangkang.

Jelasnya lagi, jika sekali pun dasar lama itu tidak mampu membawa Pas untuk menawan Putrajaya, tetapi setidak-tidaknya parti tersebut diiktiraf sebagai pembangkang yang berwibawa sehingga dihormati oleh kawan dan lawan.

Kenyataan Rosli itu kemudian disahut oleh Kairiel Amree dengan berkata: “A'aaah kebajikan buat pemimpin-pemimpin negara. Rakyat biar susah.”

Dalam pada itu, bagi meredakan keadaan, seorang lagi penyokong Pas, Ahmad Shukri Abd. Rahman tampil memberi penjelasan dengan berkata, dasar parti itu tetap tidak berubah walaupun fokus Pas kini beralih ke arah negara berkebajikan.

Menurutnya, perubahan tersebut merupakan anjakan paradigma disebabkan keutamaan Pas ketika ini menggulingkan Barisan Nasional (BN) kerana cara lama (negara Islam) hanya memungkinkan parti itu menguasai negeri sahaja, bukannya kerajaan Persekutuan.

“Setelah kukuh barulah prinsip syariat boleh ditegakkan di seluruh negara. Cara lama asyik boleh pegang Kelantan sahaja, tapi tiada kuasa Persekutuan. Hudud pun tidak boleh dilaksanakan sebab bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” dakwanya.

No comments: