Thursday, June 2, 2011

Amboi!! Banyaknye duit... duit pampasan atau duit rampasan dari rakyat?

Ton Of Money



Kickdefella akui terima RM350,000 daripada Husam

02/06/2011 5:04pm

KUALA LUMPUR 2 Jun – Penulis blog, Syed Azidi Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella hari ini mengakui ada menerima wang RM350,000 dari Datuk Husam Musa.

Namun jelasnya, wang berkenaan bukannya dibayar untuk berkempen bagi pihak Husam merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan Pas kali ini.

Bagaimanapun beliau berkata, jumlah wang yang diterima itu berkemungkinan adalah wang pampasan selepas kontraknya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan ditamatkan.

“Dakwaan bahawa saya telah bertemu dan menerima wang itu di China daripada beliau (Husam) baru-baru ini juga adalah tidak tepat.

“Sejak 9 November 2009, beliau dan saya tidak pernah bertemu melainkan berbual di telefon dan bertukar-tukar (khidmat) pesanan ringkas,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan

................................................

Pemimpin PAS banyak duit macam nie tetapi orang bawahannya masih kutip derma. Dengan RM 350K banyak sekolah agama boleh dibantu, masjid dibina, rakyak dimajukan tetapi yg kaya... kroni n tukang ampu.....


So fikirkan lah!!!





No comments: