Wednesday, May 11, 2011

Rambut punya pasal, bola dapat nama??





Gara-gara rambut, pemain bola dibuang padang

MELBOURNE Mei 11 - Gara-gara gaya rambut ala paku yang tajam, seorang pemain bola sepak dibuang padang oleh pengadil semasa perlawanan liga di Melbourne yang berlangsung minggu lalu.

Nathan Van Someren pada mulanya dilayangkan kad kuning ketika pasukannya, Simpson menentang Daerah Otway di Colac.

“Sebelum perlawanan berlangsung pengadil menyatakan saya tidak boleh bermain dengan gaya rambut sebegini kerana ia membahayakan pemain lain,” kata Van Someren.

“Kami semua menyangka ia hanya gurauan, kerana sebelum itu beberapa orang pengadil turut secara berjenaka menegur rambut saya.

“Saya sempat bermain sehingga masuk separuh masa kedua sebelum dibuang padang kerana alasan rambut yang membahayakan,” katanya.

Van Someren, 25, bagaimanapun berkata, dia tidak bercadang untuk menukar gaya rambutnya kerana pegawai perlawanan kemudiannya memutuskan tindakan pengadil itu adalah salah. - Reuters

.................................................

Rambut anak2 anda bagai mana pula??? berkarat??

No comments: