Wednesday, May 11, 2011

Racun : Samseng di Kelantan memang POWER!!!




KOTA BHARU: Sekumpulan 20 lelaki berusia 30 hingga 40 tahun dipercayai anggota sindiket penyeludupan minyak nekad mengangkat sebuah Proton Waja milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi membolehkan dua rakan mereka melarikan dua lori yang diubah suai tangki ketika diserbu, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari di sebuah stor berdekatan pangkalan haram Nyior, dekat Kampung Simpangan, Pengkalan Kubor, Proton Waja yang diletakkan di depan pintu stor berkenaan dialihkan kira-kira dua meter sebelum dua lori itu dipercayai diisi penuh dengan diesel untuk diseludup ke Thailand dilarikan.

Sebelum itu, lima anggota penguat kuasa KPDNKK Kelantan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasanya, Othman Mohd Hussain, 51, yang melakukan serbuan, cuba merampas kunci dua lori berkenaan daripada pemandunya, namun berlaku pergelutan hingga Othman cedera pada ibu jari.

Mereka mengalah bagi menenangkan keadaan sebelum muncul seorang lelaki berusia 50-an dipercayai ketua kumpulan lelaki terbabit mempersoalkan serbuan dilakukan dan berlagak samseng apabila tidak membenarkan dua lori itu dirampas.


Lelaki terbabit keluar dari stor berkenaan dan dipercayai ketika itu dia memanggil sekumpulan 20 lelaki lain untuk mengangkat kereta terbabit.

.................................................

amboi!!

1 comment:

Anonymous said...

Untuk ulangtahun ke 20 pemerintahan...