Sunday, May 22, 2011

Racun : Doa kanak kanak amat diperlukan oleh hamPAS??

Pas peralat pelajar agama


Nik Abdul Aziz Nik Mat bergantung harap kepada doa kanak2 selepas segala doa mereka tidak makbul dalam membela anwar panddykutty!?


KOTA BHARU 21 Mei - Tohmahan tidak berasas Pas terhadap UMNO selama ini akhirnya memakan diri apabila Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana malam tadi menjadi bukti bagaimana parti itu memperalatkan pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di seluruh negeri ini dalam program politik mereka.

Lebih mengejutkan, rata-rata pelajar terbabit yang berpakaian jubah lengkap dengan lencana sekolah masing-masing, didatangkan dari seluruh negeri termasuk Gua Musang, menggunakan bas-bas sekolah yang beratur panjang di beberapa lokasi berhampiran.

Apa yang lebih mengejutkan apabila ucapan beberapa pimpinan Pas dalam program tersebut turut meniupkan kebencian dan penentangan di kalangan pelajar terbabit terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Antara yang berucap pada program itu ialah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd. Zaki Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.

Turut berucap, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO yang juga penganjur program, Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abd. Rahman dan bekas pengacara serta penulis lirik, Bob Lokman.

Husam dalam ucapannya antara lain berkata, pelajar terbabit merupakan sebahagian daripada pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) iaitu produk kerajaan Pas Kelantan dalam usaha parti itu memecahkan tembok Putrajaya.

Abdul Fattah berkata, pelajar terbabit yang berusia belasan tahun merupakan barisan yang akan menjatuhkan pemerintahan negara pada masa hadapan bagi diberikan kepada golongan yang berhak dan mampu membawa keadilan.

Sementara itu, Bob Lokman pula berkata, untuk mencapai kesejahteraan akhirat maka mereka perlu korbankan dunia dan dunia yang dimaksudkan adalah UMNO yang beliau dakwa gilakan keduniaan.

"Pas parti yang tahu destinasi di akhirat. Korbankanlah dunia, korbankan UMNO," katanya.

Pada perhimpunan itu, pelajar terbabit turut membaca ikrar Pemuda Pas antara lain berbunyi: "Kami Pemuda Pas Negeri Kelantan, yang berhimpun pada hari ini, dengan ini berikrar Allah matlamat hidup kami, al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami, mati syahid cita-cita kami".

................................................................................................

Kalau la Ustaz Harun Din berceramah dalam perhimpunan ini aku respek sungguh. Tetapi kalau OZstart Bob Lokman Al Hafiz yang bagi ceramah, bukan tak respek tetapi kurang la. Respek sebagai lawan yang sanggup lakukan apa sahaja.


PAS adalah sebuah parti yang sanggup melakukan apa sahaja untuk jawatan dunia. Doa dan usaha mereka lebih menjurus kepada menambahkan lagi kekusutan pemikiran ahli2nya. Usaha mereka untuk menjatuhkan UMNO sekadar omong kosong kerana jelas mereka ditunggangi oleh DAP dan dibontoti oleh PKR. Sikap mereka memperalatkan kanak2 yang belajar di sekolah agama tajaan PAS menunjukkan sesiapa yg menerima bantuan PAS perlu menyokong PAS hatta kanak2 kecil sekalipon. Jelas tiadanya keikhlasan dalam memperjuangkan pembanggunan insan di Malaysia.

Sehelai kain putih ingin dicorakkan PAS dari kecil untuk menjadi kuda tunggangan PAS dan DAP dalam melawan Kerajaan. Ini lah corak kepimpinan ala militan yang dikatakan islamik mengikut corak OZstart Bob dan kuncu kuncunya.


"Pas parti yang tahu destinasi di akhirat. Korbankanlah dunia, korbankan UMNO,"

Ini jelas PAS terdesak untuk melaungkan gendang perang sehebat mungkin terhadap UMNO dan kerajaan. Kanak2 dimanipulasi semaksima mungkin dek kerana nafsu duniawi PAS.



No comments: