Tuesday, May 10, 2011

Penyeludupan Manusia oleh Rakyat Malaysia semakin Canggih!

Queen Mary 2:

Lelaki Malaysia seludup pendatang naik kapal mewah


NEW YORK 10 Mei – Seorang lelaki Malaysia menghadapi tuduhan cuba menyeludup sembilan pendatang tanpa izin dari China ke Amerika Syarikat (AS) sebagai penumpang dalam kapal persiaran mewah, RMS Queen Mary 2.

Kumpulan yang membawa pasport palsu Jepun tetapi tidak boleh berbahasa Jepun itu ditangkap oleh pegawai imigresen selepas mereka turun di New York City pada 26 April lalu, kata pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan AS, John Saleh.

“Kami belum pernah melihat cara ini digunakan pada masa lalu kerana memerlukan wang yang cukup banyak untuk menaiki kapal itu,” kata Saleh.

Rakyat Malaysia, Fatt Kwee Wong mengaku dia diupah untuk membantu lima wanita dan empat lelaki China masuk ke AS dengan bayaran AS$3,500 (RM10,500) seorang. – Reuters

...........................................................

Mana la dia blajar seludup orang guna kapal mewah nie.. nie mesti banyak tonton movie hollywood kot!

No comments: