Monday, May 9, 2011

Gempar : Hormon BABI dalam ubat sakit JANTUNG!? Mau kena serangan JANTUNG nie!!!





Ubat jantung hormon khinzir?

PADA 2 Mei 2011 dapat panggilan dari emak kata abah dah terbaring sesak nafas, abah memang ada masalah jantung.

Berkejarlah balik kampung hantar abah ke Hospital Tampin. Nak hantar Hospital Rembau belum siap, ada batu asas sahaja sejak Mac 2008. Masuk bilik kecemasan doktor pun jalankanlah pemeriksaan, masuk oksigen dan macam-macam lagilah. Lalu abah pun dimasukkan ke wad di Hospital Tampin.

Semasa di wad doktor bukan Islam jumpa abah, tanya sama ada abah hendak disuntik dengan hormon babi atau tidak. Kata doktor tadi hormon babi adalah yang terbaik untuk pesakit jantung, ia dapat mencairkan darah dengan cepat. Abah kata dia tak nak disuntik dengan hormon babi, biarlah dia mati dari disuntik dengan hormon babi kata abah pada doktor tadi.

Doktor tadi kata, ada juga orang Islam yang hendak disuntik hormon babi ni. Abah kata itu biarkanlah dia.

Esoknya abah pun dibenarkan keluar wad, duduk dalam wad lagi penat abah, doktor hanya buat pemantauan saja.

Mengapa hormon babi senang-senang diberi kepada pesakit Islam? Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pula macam mana, apa hukum suntik hormon babi ini?

Yang saya puji ialah doktor bukan Islam di Hospital Tampin tadi, dia amat berterus terang kepada pesakit Islam dan memberi pilihan kepada pesakit.

Usia abah dah 73 tahun, maknanya dah dapat bonus lebih 10 tahun. Usia umat Islam ini puratanya 60 tahun.

Hidup di dunia tak sampai sekelip mata, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila.

..........................................

Dimana pakar2 perubatan islam?? adakah mereka ini tidak pernah terfikir akan pekara ini. Biarpon unsur binatang ini boleh digunakan ketika darurat tetapi selagi ada alternative lain perlu diusahakan secepat mungkin supaya setiap nyawa umat islam tidak bergantung kepada unsur ini.

Hikmah Allah mencipta haiwan seperti BABI biarpon nampak hina tetapi pasti ada kebaikan disebaliknya.



1 comment:

Anonymous said...

a'kum..saya seorg jururawat.Saya tau jenis ubat tu..tp tak pyh la dinyatakan disini.Ubat tu dicucuk utk menggalakkan peredaran darah,bukan dalam kes jantung sahaja,malah ada penyakit lain juga.Utk lebih lanjut awak bole tanya ustaz yg bertauliah la ye..satahu saya utk tujuan perubatan di benarkan dlm Islam.Mmg prosedur sebelum memberi apa2 ubatan perlu berikan penjelasan pada pesakit..menolak atau menerima sesuatu ubatan adalah hak pesakit.:)