Sunday, May 1, 2011

Gempak Lawak : Rahsia Nuar Terbongkar???


Gambar hiasan sahaja!


Al kisah, Ayah Nuar boleh mendapatkan duit dgn menyeru jumlah wang yg dikehendaki dan dlm sekelip wang tersebut ada di dlm poket seluarnya. Sungguh hebat ayah nuar..begitulah kata pengikutnya yg setia. Kalau pergi ke mana-mana sahaja, tentang wang tidak dirisaukan oleh ayah pin tetapi permintaan tersebut tidak melebihi RM500,000.00 sehari, dan sekali seru hanya RM50 sahaja, itulah syarat yang perlu di ikuti oleh ayah nuar..

Suatu hari, ayah Nuar berjalan di kota metropolitan KL dengan harapan
untuk mencari ahli baru kerajaan PKR Langit dan merekrut mereka agar menjadi pengikut setianya. Selepas puas berjalan ayah nuar singgah di satu kedai mamak untuk minum bersama pengikutnya. Setelah minum, dengan bangganya dia memanggil pelayan kedai tersebut dan meminta resit untuk membuat pembayaran. Pelayan tersebut memberikan resit yang bernilai RM200 kepada ayah nuar dan dengan kembang lubang hidung ayah nuar pun menyeru jumlah tersebut sebanyak 4x dan membayarnya. Pelayan kedai itu tergamam dan bertanya kepada ayah nuar bagaimana dia melakukannya, ayah nuar pun memberi satu syarat iaitu 'kalu demo nok tahu, keno joing kerajae langit dulu, *pah tu baru kawe bagi tau..' maka pelayan tersebut bersetuju dengan pelawaan ayah nuar.

Setelah memdapat seorang ahli baru ayah nuar pun beredar dan memerhati mana-mana mangsa yang boleh dijadikan pengikutnya, Tetiba ayah nuar tertarik dengan suatu benda yang memang dihajati sejak kecil lagi iaitu Ferrari di dlm kedai kereta Naza World, terdetik dihati ayah nuar untuk memilikinya..ayah nuar pun menuju ke kedai tersebut dan melihat-lihat kereta yg diidamkannya itu.

Ayah Nuar memanggil jurujual kereta tersebut dan bertanyakan berapa harga kereta terbabit, dan pelayan itu memberitahu kepada ayah pin yang kereta tersebut beharga RM 485,000.00 OTR. Ayah pin berfikir seketika dan tiba-tiba dia berkata 'kawe noklah kalu *regho tu tapi bagi pok cik maso dale *sejhe dulu buleh? Pok cik nok gi *wak pitih *methar, *sekek lagi pok cik mari bagi pitih ko demo'.

Setelah sejam berlalu ayah nuar pun muncul dan bersama dengannya ada 1 guni plastic yang sarat dengan duit, terkejut jurujual tersebut lalu bertanya kepada ayah nuar di mana dia mendapat duit itu, dgn bangga ayah nuar menjawab 'kalu nok tahu keno joing kerajae langit dulu, pah tu baru buleh bagi tau'. Jurujual tersebut bersetuju dengan cadangan ayah nuar untuk menjadi pengikutnya.

Selepas segala urusan selesai ayah nuar pun pulang dengan kereta barunya manakala pengikut-pengikutnya pula menaiki kereta iswara biru bersama dengan pengikut yang baru di rekrut..setiba dirumah pengikut barunya ertanya macam mana dia boleh dpt duit dengan senang sekali, dia memjawab bahawa dia adalah anugerah tuhan dan akan mendapat apa yang dihajati dlm sekelip mata (dalam hati ayah nuar berkata ' *kore ni suma budoh cayo ngan aku haaa..haaa..)

Ayah Nuar memberitahu pengikutnya yang dia mahu beradu di dalam bilik istemewanya untuk memulihkan tenaga dan berehat seketika. Ayah nuar masuk dan berbaring diatas tilamnya yang tak penah basuh dan mendapati sepucuk surat yang ditujukan kepadanya lalu membuka dan membacanya. Selesai membaca surat tersebut ayah nuar tiba-tiba meraung dengan sekuat-kuatnya lalu pengsan. Pengikutnya terkejut lalu bergegas masuk ke dalam bilik itu dan mendapati ditangan ayah nuar ada sepucuk surat dan mereka membacanya?
suratnya berbunyi bergini...

===
Kepada : Ayah NUAR!

Daripada : Toyol A/l Tolol

Perkara : Perletakkan Jawatan Sebagai Pencari Duit

Aku dengan ini mengesahkan diri aku nak berenti keje dengan ko sebab ko aku hampir jadi biol nak curi duit sebanyak RM485,000.00 tadi. Ko ingat aku tak reti penat ke? Lepas ni kalu ko nak duit pergi curi sendiri.

Aku tak nak jadi macam kuli batak ko lagi. Padan muka ko..ha..ha?

Bye dari aku,

ToYol


- moral ngan cite ni jgn jadi mcm ayah nuar
- nak duit kene keje rajin2 jangan guna toyol
- jadi toyol2 sekalian sambung le keje korang? wakaka! dah kene?

Legend (Lagenda?)
*wak = buat
*regho = harga
*pah = lepas
*methar = sebentar
*sekek = sikit
*pitih = duit
*sejhe = sejam
*kore = korang

Versi Asal di sini... kakakakakakah!

No comments: