Thursday, May 5, 2011

Amboi : Melampau FAFAU nie.. DS Najib pon jadik???

najib-image

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat terus menggunakan pelbagai medium bagi mendekati rakyat Malaysia dan terkini akan ke udara melalui saluran radio, Hot FM, esok.

“Saya akan muncul di Hot FM Jumaat ini dari 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Terima kasih kerana mendorong saya untuk melakukannya,” kata Perdana Menteri di laman Twitternya.


Kemunculan Perdana Menteri adalah hasil jemputan penyampai radio, Fara Fauzana, yang sebelum ini mengakui di laman Twitternya bahawa ia idea “gila” beliau.

“Terbaik. Dapat good news. ‘My crazy idea’ nak ajak PM datang Hot FM menjadi,” kata penyampai popular itu.


Pengendali akaun Twitter Hot FM pula gembira dengan persetujuan Najib dengan mesej: “Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Jutaan terima kasih kami ucapkan.” Hot FM bersiaran di frekuensi 97.6. Persetujuan Perdana Menteri itu turut mendapat respon positif daripada rakan Twitternya.


Pemegang akaun Twitter bernama Effa menulis: “Inilah satu peluang hebat kepada seluruh Malaysia kerana Datuk Seri muncul di radio. Tak sabar menunggu.” Seorang lagi yang bernama Kipso pula menyatakan beliau juga tertunggu-tunggu untuk mendengar apa yang akan dikatakan semasa siaran itu.

Najib turut membalas beberapa mesej daripada rakan Twitternya termasuk shahariL_izhar dan blakflowering, dengan mesej: “Saya perlu mendekati rakyat menerusi cara-cara baru.” Kepada sokongan daripada EmiSakuragi, Perdana Menteri membalas: “Terima kasih, sekadar mencuba cara baru yang menarik untuk berkomunikasi dengan rakyat.” Terdapat juga yang kecewa kerana mungkin tidak dapat mendengar Najib ke udara kelak, antara LizClim yang menyatakan: “Agak malang. Pagi sangat. Saya harus ke kolej. Bergembiralah.” -Bernama


..........................................

Jadik tetamu daaaaa!!!


5 comments:

hafiz said...

kena pegi Radio Sinar la..lagi bagus coz Sinar FM is no.1 Malaysia hehehe

relevan said...

Terbaekk fafau haha!

pacat said...

mgkin radio lain kena berani macam fafau untuk pelawa PM datang studio!... love u fafau!

Anonymous said...

alaaa...tk pelek pung.

redio ngang tv pas klate sokmo jeput tok guru!!!

Anonymous said...

ANON 10.33

tok guru ko tu sape?. aku tak heran pun kalau dia nak jadi dj ke pembaca berita sekali pun kt radio dan tv Pas kelantan. apa yang nak dibanggakan sangat. orang luar kelantan tak heran pun kat dia tu. rupa serabai semacam je.naik loya tekak nengoknya. nak makan pun tak lalu.tukang kebun lagi kemas dari dia tu. konon nak sederhana piiii rahhhh. PM ni pemimpin no 1 negara tu sebab ramai teruja. ada paham ke. Pas dan kelantan ni nak bangga tang mana? kemundurannya ke? kekotorannnya ke? pusat pelacuran yang bercambah baq yang tak sepadan dengan negeri serambi mekah konon. perasan.kahak ptuihhhh