Tuesday, April 12, 2011

Racun : Semangat MELAYU Sarawak pasti meresap ke Semenanjung!!



Demi untuk melihat perpaduan tetap dipertahankan, Mereka ini sanggup menentang anasir luar yang cuba memecahbelahkan bangsa Melayu dan memperkotakkatikkan agama Islam.
Sungguh berani dan jitu semangat mereka sekampung dan tidak mampu diasak oleh juak2 PAS dan DAP.
Aku berharap semangat mereka ini akan diikuti oleh rakyat di Semenanjung dalam PRU 13 nanti. Bukan kekasaran, bukan kekerasan tetapi dengan nada yang tegas perpaduan perlu dikekalkan!
Hidup Rakyat SARAWAK!!!!!!!!!!!

2 comments:

Anonymous said...

Penyelewengan slogan "Ketuanan Melayu" dan "Islam agama rasmi" bagi kepentingan peribadi adalah SATU KHURAFAT puak2 UMNO selama ini.

Lebih 50 tahun UMNO menakut2kan Melayu dengan "hilang kuasa" dan "tiada pembangunan" jika tanpa UMNO. Inilah kesyirikan & khurafat yang nyata penganut2 UMNO yang meminggirkan hukum hakam Allah dalam agenda kehidupannya.

Apakah melayu bukan UMNO itu bukan Melayu dan Islam? Tergadaikah hak muslim melayu dibawah PAS atau yang lain?

Yang banyak hak melayu tergadai adalah semasa UMNO perintah.... anda senaraikanlah sendiri...

Bersatulah semua Melayu dalam skema politik Islam,PAS..... keluar dari politik khurafat sekular UMNO,... hehehe... Era Baru Tanpa UMNO ...

pacat said...

isyaallah jika PAS berdiri diatas kaki sendiri tanpa sokongan DAP dan PKR akan pasti melayu akan bergabung dan berjuang bersama. Disini adalah kelemahan PAS sebenarnya yang memperlihatkan UMNO masih relevan sehingga kini!