Sunday, April 10, 2011

Racun : Mungkinkah Perjumpaan dengan Agong berkaitan isu ini?



Kalau tak silap teman, beberapa minggu lalu ada satu pertemuan diantara Yang Dipertuan Agong dengan pemimpin2 Melayu. Adakah antara isi kandungannya adalah berkaitan pengukuhan ekonomi Malaysia di sebelah East Coast? Moga semangat ini terus menjalar kepada rakyat yang seharusnya melihat kelainan pemahaman politik tidak membataskan perpaduan sebenar.



Luar bandar diutama - Najib

PEKAN 9 April - Proses transformasi pembangunan di negara ini tidak hanya tertumpu di kawasan Lembah Klang atau bandar tetapi turut meliputi masyarakat luar bandar serta pedalaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, proses transformasi dilaksanakan secara menyeluruh dan menepati kehendak rakyat.

"Dalam erti kata lain, tidak ada rakyat yang tidak mendapat manfaat daripada hasil transformasi itu kerana pembangunan dilakukan secara menyeluruh dan membawa kesejahteraan kepada negara," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan kunci rumah kepada 130 keluarga di Agropolitan Pekan, Batu 8, Mukim Lepar dekat sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Pegawai Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John.

................................................



No comments: