Wednesday, April 20, 2011

Alang alang kena dakwa, baik tayang kepada umum video penuh!!!

KUALA LUMPUR 19 April – Trio ‘Datuk T’ hari ini mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan..... selanjutnya di Gerakan Anti PKR
......................................

Alang2 menyelup pekasam. biar sampai ke pangkal lengan.... alang2 akan didakwa, biar penuh video ditayangkan!.. Umum perlu tahu dan mendapat maklumat penuh berkaitan video 22 minit berkenaan. Ketulinan tanpa sebarang suntingan perlu sampai kepada rakyat supaya lebih jelas dan bermakna! Bermakna??? wah!!!...
Tayang kepada beberapa orang pastinya akan sama hukuman apabila ditayang kepada rakyat!!!!.....

Tak sabar tunggu tayangan perdana filem 22 minit yg bakal mencatat clickkan tertinggi!!!....

No comments: