Thursday, March 24, 2011

Racun : siapa kenal Dato' Eskay?

2611_2b

Dato’ Eskay Shazryl Abdullah. Bekas physiotherapist bagi pasukan Olimpik Gimnastik Amerika Syarikat dan kelab American Football ternama, Dallas Cowboys.

Beliau dijemput pulang ke Malaysia oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed untuk membantu proses pemulihan Dato’ Seri Anwar Ibrahim apabila Anwar jatuh dari kuda sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dato’ Eskay pernah ditempatkan di Majlis Sukan Negara untuk beberapa ketika.

Beliau adalah diantara dua tiga individu terakhir yang diamanahkan untuk berunding dan memujuk Dato’ Seri Anwar supaya meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan pergi menyambung pengajian di malam sebelum Anwar dipecat.

Eskay jelas masih kagum dan sayang pada Anwar ketika itu, itu pengamatan saya bila mendengar cerita-ceritanya tentang Anwar dan Tun Dr Mahathir di kediamannya di Kedah hampir sepuluh tahun dulu.

Bahkan ketika itu dia juga memaklumkan bahawa kemungkinan akan menerima tawaran untuk membantu proses pemulihan ke atas sakit belakang Anwar yang semakin beronar ketika di dalam Penjara Sungai Buloh.

Di kediamannya juga pada ketika itu masih terdapat beberapa peralatan pemulihan yang digunakan untuk Anwar dan yang paling saya ingat ialah sebuah kerusi jati penyerahan bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie kepada Anwar ketika Anwar mengunjungi Habibie.

Saya rasa tiada pihak boleh menafikan hubungan rapat Eskay dan Anwar. Sebagai seorang yang merawat Anwar untuk sekian lama, mustahil juga Eskay boleh tertukar Anwar dengan individu lain di dalam rakaman video yang sedang heboh diperkatakan.

Dato’ Eskay Shazryl Abdullah, seorang yang bertatasusila dan berbudibahasa tinggi adalah salah seorang dari Dato’ Trio yang juga terdiri daripada Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim yang merupakan mastermind disebalik kemunculan video seks yang dikatakan menampilkan aksi seorang lelaki yang disyaki Ketua Pembangkang Malaysia.

Eskay yang dibesarkan oleh sebuah keluarga Siam mengesahkan hari ini beliaulah yang menemui rakaman video tersebut setelah diarah oleh Anwar untuk mencari jamnya yang dikatakan tertinggal disebuah bilik di sebuah spa.

Sebelum ini, namanya pernah disebut sebagai individu yang bertanggungjawab membantu Raja Petra Kamaruddin meninggalkan Malaysia. Bagaimanapun, Eskay tidak pernah mengesahkan penglibatannya. Di awal tahun 2000, Eskay dikenali dengan gelaran Dato’ Kambing kerana penglibatannya dalam penternakan kambing di Kedah. Beliau juga terlibat di dalam mengimport lembu-lembu dari Myanmar dan merupakan tulang belakang program Kedah Halal Meat.

Thank to Blog Kickthefella

No comments: