Friday, March 18, 2011

Racun : Mereka sekadar ingin perjuangkan kepentingan peribadi!!

Ayuh Sebarkan - Kaum India Dikhianati Tiga Wakil 'Interlok'-nya !!!



Selepas isu 'paria' dalam novel Interlok yang ditulis beberapa tempat menjadi isu, kaum India telah marah dengan keputusan Kerajaan menggunakan buku "Interlok" karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain yang memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an hingga merdeka, sebagai teks Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu untuk Tingkatan Lima

BUKU Interlok yang didakwa mengandungi unsur sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum Melayu dan India.
gambar Berita Harian

Ekoran itu kerajaan membuat jawatankuasa dan menjemput tiga wakil India bersama-sama berbincang. Menurut laporan Malaysiakini semalam, penulis, Uthaya Sankar yang juga seorang anggota panel itu dan dua rakannya bertindak meninggalkan mesyuarat kerana berasa dikhianati. Dua lagi wakil masyarakat India adalah Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran G Krishnabahawan.

Namun malang sekali tiga wakil tersebut telah keluar dari mesyuarat tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada kaum mereka yang sangat berharap kehadiran mereka bertiga ke mesyuarat tersebut akan dapat menjernihkan isu 'Interlok'.

Maka kaum India sepatutnya marah apabila wakil mereka 'berpaling tadah' dari terus berada dalam mesyuarat jawatankuasa mengkaji novel Interlok. Jelas sekali dalam hal ini usaha baik kerajaan melalui Kementerian Pelajaran tidak dihargai oleh tiga ahli wakil kaum India tersebut dengan mengangkat kaki lebih awal sebelum perbincangan selesai.

Panel itu yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran dan dianggotai lapan orang yang terdiri daripada pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan, wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta wakil masyarakat India.

Kes yang sama berlaku pada Teoh Beng Hock. Selepas ditubuhkan Suruhanjaya untuk menyiasat kematian mendiang, pihak pembangkang yang menuduh pihak Kerajaan sendiri yang menarik diri. Sedangkan mereka sudah menjadikan isu ini dalam kempen politik mereka. Jelas nawaitu mereka hanya satu - untuk memburukkan kerajaan tanpa mengambil kira risiko yang boleh berlaku jika isu sensitif ini dimainkan.

Sepatutnya kesediaan Kerajaan menubuhkan jawatankuasa Interlok dan Suruhanjaya Teoh Beng Hock disambut baik dan disokong bukan sebaliknya. Selepas ini tidak ada sesiapa pun boleh mengkritik kerajaan jika permintaan mereka tidak dilayan, kerana apa yang berlaku hari ini jelas menunjukkan ketidakikhlasan pembangkang yang memainkan isu-isu perkauman dengan tujuan jahat untuk merosakkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

sumber : penembak tepat!

No comments: