Thursday, March 31, 2011

Racun : Bukan KOTAK sahaja, VIDEO LUCAH pon Samsul buat koleksi???!!



KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd. Akin mendakwa beliau memiliki beberapa video skandal seks yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Shamsul, meskipun pakatan pembangkang memiliki beberapa video tersebut, pihaknya tidak akan menggunakan isu-isu sedemikian memandangkan ia adalah tindakan tidak bermoral yang sepatutnya tidak diamalkan oleh mana-mana parti politik di negara ini.

“Kita juga punya video-video skandal seks yang melibatkan pemimpin UMNO dan BN, namun kita tidak dedahkan kerana ia bertentangan dengan prinsip moral,” katanya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai sebuah video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Shamsul yakin bahawa skandal tersebut di dalangi oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Selain itu, Ketua AMK itu turut menegaskan bahawa tidak perlu ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja mengenai perkara tersebut memandangkan kes itu sedang berada di dalam siasatan polis.
........................................

Teringat kotak kosong yg anwar jaja dahulu! mana pergi kotak2 tu? Sekarang anak buahnya guna tektik yang sama gak...! kata ada video lucah tetapi takut nak serah.. bacul @ koleksi peribadi???? hahahaha

bak kata Husin... "nampak benorrr nipuuuu nyeee!!"!!