Saturday, March 19, 2011

Isu DNA perlu segera diselesaikan.

Kegurasan rakyat juga kepada DSAI jelas kelihatan dari raut wajahnya setiap hari. Pengikutnya tidak mampu menerima kenyataan bahawa DNA ini mampu menyelesaikan isu besar Malaysia yg menarik perhatian dunia hampir lebih 3 tahun.

Dalam tempoh ini, desakan demi desakan dari rakyat umumnya perlu dijawab segera kerana jika berpanjangan makin kusut dan mampu diputarbelitkan kedua2 pihak.

Dengan kes makamah masih berjalan dan isu penafian dan takut disalahgunakan menjadikan DSAI dan kuncu2nya terdesak. Terdesak untuk menjawab segala tomahan, terdesak untuk mencari idea menjelang pilihanraya dan terdesak memutarbelitkan fakta didalam setiap ceramah.

Untuk itu apa yg aku fikirkan adalah badan berkenaan perlu mengusulkan kepada pihak DSAI dan juga makamah untuk mengwujudkan satu kumpulan yg bertindak sebagai pihak sokongan kepada kedua2 pihak samaada pendakwa atau pembela. Mereka ini terdiri dari kumpulan profesional yg dilantik dan dipilih dalam menjalakan ujian DNA Anwar. Jika ingin disertakan pakar dari luar juga digalakkan. Antara tanggungjawab kumpulan ini adalah yg utama memastikan proses ujian dan pengesahan DNA bebas dari unsur manipulasi mana2 pihak dan dilakukan dengan kadar segera dan profesional kerana kes dimakamah telah tertangguh lama dan membazir wang rakyat.

selain itu :-

- Keputusan DNA dari dubur mangsa perlu diteliti oleh pihak berkenaan dan disahkan ianya adalah original dan tiada unsur luaran.

- Setelah pengesahan dan dipersetujui oleh kedua2 pihak pembela dan pendakwa, barulah sampel DNA Anwar diambil dan diuji oleh kumpulan berkenaan dengan kawalan piawaian ketat dan dipantau secukupnya.

- Hasil ujian perlu diumumkan dan fakta2 perlu diperjelaskan agar ianya difahami oleh makamah juga rakyat.

- Yang penting ianya dijalankan dalam tempoh yg singkat.

Sekarang ini desakan demi desakan makin kedengaran tetapi segalanya buntu kerana DSAI masih tidak mahu membuktikan atau memberi kerjasama untuk menyelesaikan isu tertangguh ini. Implikasinya amat besar dan jika kes ini tidak selesai segera juga boleh menjadikan kes rujukan untuk menolak sebarang bukti berkaitan DNA yg diperolehi di lapangan kejadian.



ini kata aku la......
ramai yg kata.... Berani kerana benar @ Takut kerana salah....

No comments: