Tuesday, March 1, 2011

Gugurnya seorang pejuang cyber!

Blogger Melayurayadaily telah kembali ke Rahmatullah.

Belum lama rasanya kita kehilangan blogger Yang Gambi, kini seorang lagi pahlawan siber kita telah kembali ke rahmatullah. Bagi rajahmas, ia adalah kehilangan yang cukup besar buat Pahang bukan sahaja wakil rakyatnya malah 2 orang pejuang sibernya. Apapun, Allah Maha Berkuasa dalam segala sesuatu yang hidup di bumiNya.

Blogger Melayurayadaily adalah pengunjung rajahmas dan sering menyumbangkan komen di blog rajahmas. Kehilangan beliau adalah sesuatu yang amat dirasai khususnya buat semua rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Tatkala kita sibuk berkempen, marilah kita renungi sejenak pemergian seorang sahabat yang tiada galang gantinya ini. Bersamalah kita sedekahkan Al-fatihah buat Dato Azizan yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan koma semenjak pagi 26hb Februari iaitu hari Penamaan Calon PRK DUN Kerdau.

Mudah-mudahan Allah menempatkan roh beliau di kalangan orang-orang yang beriman dan kalangan orang yang bertakwa kepadaNya. Amin.

Sumber : Rajamas

No comments: