Thursday, February 24, 2011

Racun : PAS desak kerajaan selamatkan rakyat Malaysia di New Zealand dan Libya!?

Pesawat C-130 dihantar bawa pulang rakyat kita di Libya

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Kerajaan telah menghantar sebuah pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk operasi menyelamat dan membawa pulang rakyat Malaysia di Libya.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut kini telah mendarat di Slovakia.

"Pesawat itu kemudian akan ke Rome, Itali sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Tripoli, Libya untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di sana," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamed Thajudeen berkata, bagaimanapun pesawat C-130 itu masih menunggu untuk mendapat kebenaran mendarat daripada pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Tipoli.

Beliau berkata, pesawat C-130 itu diarah untuk membuat operasi menyelamat dan membawa pulang 190 rakyat Malaysia di Libya kerana kebetulan ia berada di Eropah untuk tugasan.

..........................................................

Negara luar hantar pasukan penyelamat


Sebahagian daripada mangsa gempa bumi ditempatkan di pusat perlindungan sementara di Christchurch, semalam. - REUTERS


CHRISTCHURCH 23 Feb. - Beberapa negara mula menghantar pasukan penyelamat ke Christchurch bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi yang dikhuariti tertimbus di bawah runtuhan selepas gemba bumi kuat melanda bandar ini, semalam.

Pasukan dari Australia, Jepun, Amerika Syarikat (AS), Britain, Singapura dan Taiwan telah dan bakal sama-sama menyertai pekerja penyelamat tempatan menggali runtuhan bangunan akibat gegaran berukuran 6.3 pada skala Richter yang mengorbankan sekurang-kurangnya 75 orang setakat ini.

........................................................

Ada dengar bunyi ke? Ada demo ke? tarak kan! nampak sangat mereka sekadar guna sebarang isu yg boleh untungkan mereka demi politik sahaja.


No comments: