Wednesday, February 16, 2011

Racun : Kerajaan terlalu lembut!

Kerajaan digesa dakwa, saman Tony Pua

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Kerajaan didesak supaya mendakwa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di bawah Akta Hasutan kerana memfitnah Kementerian Pertahanan dalam isu pembelian Kapal Tempur Pesisir (LCS) sehingga menimbulkan perasaan benci di kalangan rakyat kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pada masa sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menggesa Kementerian Pertahanan dan ATM memfailkan saman fitnah terhadap wakil rakyat DAP itu kerana sudah jelas segala tuduhan yang dilemparkan dalam isu LCS adalah satu pembohongan.

Katanya, tindakan tegas itu perlu diambil memandangkan peluang sudah diberi kepada Tony untuk mendedahkan bukti penyelewengan seperti yang didakwa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi sehingga kini beliau gagal tampil dengan sebarang bukti.

Sambil menyifatkan Tony contoh pemimpin DAP yang pengecut kerana hanya berani menabur fitnah, beliau mahu pihak yang cuba mempolitikkan isu pertahanan berdasarkan fakta yang salah tidak dibiarkan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara.

“Kerja DAP dan Tony Pua inilah...mengkritik dan memfitnah tanpa sebarang bukti. Bila dicabar kemukakan bukti penyelewengan kepada SPRM tiba-tiba menyembunyikan diri, tetapi sebelum ini bukan main lantang bersuara seolah-olah dia jaguh dalam aspek pertahanan tetapi hakikat sebenar cukup memalukan.

“Ini soal keselamatan, dedahkanlah kepada SPRM jika benar kapal itu mahal 870 peratus daripada kapal negara asing kalau benar dia patriotik dan bukan sekadar menjadi jurucakap kepada pihak tertentu bagi membongkar rahsia kekuatan pertahanan kita,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sumber utusan Malaysia

..................................................

Kerajaan tak akan dakwa. Kerajaan tak akan buat apa2. Kerajaan tak ambil tindakan. Kerajaan sekadar buat tak tau je. Kerajaan takut dikatakan menindas pembangkang.

Bertuah kan dapat Kerajaan begini... kalau di Singapore, dah lama kena sumbat dalam penjara!!!

Tony Pua masih boleh tidur lena di bumi Malaysia..........

No comments: