Tuesday, February 1, 2011

GEMPUR : hamPAS semakin ditelanjangi!!??

Tabung Memali: Saya fitnahkah?
AKHBAR Harakah melalui kolumnisnya Zulkifli Yahaya, keluaran 29 November-2 Disember 2010 pertikai kononnya saya menggunakan akhbar musuh menghentam kawan dalam mengulas buku saya bertajuk Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali . Buku saya juga dikatakan sarat dengan prasangka dan fitnah. Sedangkan penulis, Zulkifli Yahaya ketika dihubungi mengakui belum membaca buku saya sepenuhnya.

Selanjutnya di Utusan Malaysia










jakim image

Penyelewengan biasa berlaku dalam Pas – Nakhaie

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad mendedahkan penyelewengan biasa berlaku di dalam parti itu kerana wujud segelintir pemimpin yang tidak amanah selain ketiadaan sistem pemantauan wang keluar masuk terutama membabitkan derma.

Sehubungan itu, beliau tidak hairan dengan penerbitan sebuah buku bertajuk: Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali karangan Zainon Ismail atau nama penanya C.N Al-Afghani kerana perbuatan menyeleweng wang sememangnya berlaku di dalam parti berkenaan.

Ujarnya, selama beliau berada di dalam parti tersebut, itulah yang berlaku malah dalam satu peristiwa iaitu selepas berlakunya kejadian Memali pada November 1985, anak- anak Allahyarham Ibrahim Libya telah diusung ke mana-mana bagi tujuan mengutip derma.

‘‘Malangnya saya difahamkan wang itu tidak sampai kepada keluarga Ibrahim Libya tetapi telah disapu oleh pihak tertentu. Saya bercakap atas pengalaman saya di dalam Pas selama 12 tahun dan inilah kebenaran yang berlaku.

‘‘Oleh itu saya tidak hairan dengan pendedahan yang dibuat melalui buku ini. Saya yakin pendedahan ini adalah berdasarkan bukti dan asas yang kuat,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas forum pembaca hari ini yang menyiarkan tulisan Zainon sendiri apabila penulis buku Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali itu mempersoalkan akhbar Harakah melalui kolumnisnya Zulkifli Yahaya, keluaran 29 November-2 Disember 2010.

........................................................

Jelas disini, mereka yg hampir dalam PAS semakin bersuara mendedahkan segala kepincangan. Sebelum ini PAS seperti bersih dan bebas dari dosa namun Allah semakin menampakan kepincangan itu buat masyarakat berfikir dengan lebih baik lagi.


1 comment:

wazahu said...

BRO, MANA AKU BOLEH DAPAT BUKU NI..CARI TAK JUMPA