Tuesday, February 8, 2011

Gempar : PAS sepatutnya yg dapat 10 bintang!!!?

Wanita beri 10 bintang kecekapan kerajaan Malaysia


MUHAMMAD Ammar Jusof Khadidi mencium pipi ibunya, Kasmah Abd. Hamid sebaik tiba dari KLIA di Ipoh, semalam.


IPOH 7 Feb. - "Jika diminta memberi markah, saya beri 10 bintang kepada kerajaan Malaysia. Mereka memang cekap dan pantas sehingga membolehkan anak saya selamat sampai ke Malaysia hari ini."

Itu kata-kata pujian Kasmah Abd. Hamid, 54, ibu kepada salah seorang rakyat negeri ini yang belajar di salah sebuah universiti di negara yang sedang bergolak, Mesir.

"Saya puji usaha kerajaan Malaysia atas susah payah mereka menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di sana serta kesanggupan mereka membawa pelajar pulang dengan selamat.

"Saya percaya semua yang berada di sana pasti bertungkus-lumus sehingga ada yang tidak tidur bagi menguruskan keperluan semua pelajar yang berada di sana,'' katanya.

Beliau ditemui sejurus ketibaan lapan pelajar dari Mesir yang dibawa pihak kerajaan negeri dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke sini.

...............................................................

Makcik! kenapa lak kerajaan malaysia yg dapat markah penuh?? sepatutnya kerajaan PAS yang dapat! Makcik tak baca HARAMKAH ke? Tak baca blog ke? apa la makcik nie!.. tak baik tau!!! kecik hati PAS kerana makcik kata gitu..!! Susah payah diorang usaha hingga basah ketiak kerana demo, kena ludah kerana demo (kata si Koya la!) letih tabur fitnah satu Malaysia, letih.. letih.. letih!


Tapi tu la.... mangsa banjir di Kedah haritu pon ambik masa untuk bantu inikan pula mangsa di MESIR!.. ada kala isu sekeliling rumah PAS sendiri gagal ditangani inikan pula isu antarabangsa sebegini. PAS memang no 1... dalam putar alam dan menangguk di air keruh!


No comments: