Tuesday, January 18, 2011

Syukur! Kerajaan Selangor Kerajaan Kebajingan! ops! silap.. KEBAJIKAN!

Sewa gerai naik di seluruh Selangor


SEBAHAGIAN daripada penjaja pasar pagi yang tidak berpuas hati dengan MPSJ yang menaikkan kadar sewa pada sidang akhbar di Majlis Perbandaran Subang Jaya semalam.


SUBANG JAYA – Isu kenaikan sewa tapak gerai sebanyak empat kali ganda yang didakwa membebankan para peniaga dan penjaja kecil di Taman Puchong Indah dekat sini rupa-rupanya berlaku di seluruh negeri Selangor.

Jika sebelum ini semua penjaja di pasar pagi dan pasar malam hanya perlu membayar sewa gerai sebanyak RM1 sehari tetapi kini jumlah yang perlu dibayar ialah sebanyak RM4 sehari atau bersamaan dengan RM1,490 setahun.

Difahamkan tujuan utama kenaikan tersebut bertujuan untuk membayar kos pengurusan sampah termasuk membaik pulih jalan yang digunakan oleh penjaja terbabit.

Bagaimanapun, sehingga kini hanya Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) belum melaksanakan kenaikan tersebut.

Perkara tersebut diakui oleh Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Kerajaan Selangor, Teresa Kok yang mengesahkan mengenai kenaikan tersebut.

..............................................................

Rakyat Selangor kaya raya terutama peniaga kecil. Tak salah jika kerajaan yang dipilih menaikan sewa tapak gerai dan pasar bagi memastikan kantung kerajaan negeri terisi!

Inilah kerajaan Kebajikan yang digembar gembur terbaik hasil dari penasihat EKONOMI Anugerah Tuhan!!!!!


No comments: