Wednesday, January 26, 2011

PAS lari bogel???!!


Gambar Hiasan

Pendedahan Pas ‘makan tuan’

LABIS 25 Jan. – Pas yang kononnya berjuang atas nama Islam sekali lagi berbohong besar apabila menuduh calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim, menganiaya seorang lelaki pada tahun 2003 sehingga menyebabkan tanah milik mangsa terpaksa dilelong sedangkan, hakikat sebenar, lelaki itu yang berhutang dengan bank.

Sebelum ini jentera Pas menyebarkan berita mengenai pengumuman besar mengenai kes melibatkan Mohd. Azahar yang bakal dijadikan senjata sulit bagi membunuh sokongan pengundi terhadap BN.

Sebaliknya, pengumuman parti itu hari ini menjadi ‘senjata makan tuan’ apabila fakta sebenar didedahkan Mohd. Azahar sendiri hanya kira-kira sejam selepas sidang media mengenai isu tersebut dibuat oleh Pas.

Malah, cubaan Pas untuk membunuh karakter Mohd. Azahar dengan menggambarkan beliau sebagai seorang bekas Penolong Pegawai Daerah (ADO) zalim hanya kerana satu kes tersebut, juga dibalas dengan statistik kejayaannya menyelesaikan lebih 80 kes membabitkan tanah lelong sepanjang enam tahun bertugas di Segamat.

Lebih memalukan Pas, penjelasan Mohd. Azahar akhirnya melondehkan segala kedangkalan parti itu mengenai prosedur seorang penjawat awam dalam isu lelongan, sedangkan parti itu sendiri mempunyai 20 tahun pengalaman mentadbir negeri Kelantan yang mana, isu tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Selain itu, pembohongan Pas melalui Pengarah Operasinya bagi Pilihan Raya Kecil, Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Dzulkefly Ahmad, juga menyerlahkan lagi sikap sebenar parti tersebut yang sanggup memutarbelitkan fakta sebenar semata-mata untuk kepentingan politik meskipun sedar ia sebenarnya fitnah.

Tidak cukup dengan itu, ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Paya Merah hari ini, Mohd. Azahar juga memberitahu, pertukaran beliau dari Segamat ke Rengit adalah kerana kenaikan pangkat iaitu daripada gred N41 kepada N44 dan bukannya sebagai hukuman terhadapnya ekoran kes itu, sebagaimana didakwa oleh Pas.

“Semua tuduhan Pas itu adalah fitnah semata-mata, saya tidak pernah menganiaya lelaki tersebut, saya hanya menjalankan tugas selaku ADO selepas plaintif (pemilik tanah) gagal menjelaskan hutang kepada CIMB Bank selama setahun lebih, meskipun pihak bank sudah berkali-kali memberi surat amaran.

“Tuduhan kononnya saya cuai dan lalai juga tidak timbul langsung kerana selain surat amaran oleh bank, pejabat saya sendiri sudah menghantar surat kepada plaintif dan dia maklum mengenai perkara itu, tetapi Pas menuduh kononnya pemilik tanah itu tidak diberitahu. Ini terang-terang putar belit. Selanjutnya di Utusan

-------------------------------------------------------

Fikir lah sendiri.. jika sekadar untuk sedap cerita dan putar alam demi undi pilihan raya.. ini lah nasib badan!! Meludah ke muka sendiri!!!

PAS semakin sesat.............


No comments: