Wednesday, January 26, 2011

Kalau tak jilat bontot Azmin maka tutup mulut!!.. Aziz Bari bagaimana pula???


Tutup sahaja IPT - Ahli akademik

KUALA LUMPUR 25 Jan. - "Kalau ahli akademik tidak boleh memberi pandangan, lebih baik tutup sahaja institusi pengajian tinggi (IPT)."

Demikian reaksi Profesor Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Dr. Ramlah Adam berhubung kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang menyifatkan beliau sebagai alat UMNO.

Kata Ramlah, ahli politik sepatutnya tidak 'mengheret' ahli akademik kerana pandangan golongan tersebut adalah berdasarkan fakta dan kajian mereka.

Tambahnya, ahli akademik merupakan sumber pendapat yang boleh dipercayai kerana ia berteraskan pemerhatian dan kajian secara intelektual menggunakan dokumen-dokumen yang sah.

"Jika pandangan kami selaras dengan perjuangan mana-mana parti politik, ia hanyalah kebetulan kerana kami tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"Anggap sahaja kami sebagai sumber pendapat sudut ketiga," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Azmin ketika membahaskan usul pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor semalam telah membidas Ramlah dengan menyifatkannya sebagai 'profesor kangkung' kerana selalu memutarbelitkan sejarah.

Sementara itu, Ramlah berkata, Azmin tidak boleh menyempitkan peranan ahli akademik semata-mata untuk kepentingan politiknya.

"Justeru, saya harap peranan ahli-ahli akademik tidak akan dipersoalkan lagi oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.

Sementara itu, tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, ahli politik tidak boleh membuat kenyataan mengenai aspek sejarah kerana mereka bukan seorang pengkaji sejarah yang serius.

Tambahnya, ahli-ahli sejarah sepertinya mampu menafsir jika seseorang mahir bercakap tentang sejarah ataupun tidak.

"Kenyataan Azmin bagaimanapun membuktikan bahawa beliau tidak memahami sejarah dan hanya menggunakan ilmu tersebut untuk kepentingannya sahaja," katanya.

...................................

Lu pikur la sendiri..... Aziz Bari bersuara dan condong kepada Pembangkang, Kerajaan tak ambil tindakan tak suruh pon letak jawatan!!!

ibarat "memberi makan kepada anjing, makan dah abis tangan kena gigit!!" ....


3 comments:

Hang horatio said...

ni lah maslah kerajaan..terlalu berlembut dlm hal yg remeh yg kemudian hari memakan diri..mcm mn 2 bro?

pacat said...

kelemahan utama kerajaan. Seperti PAS terang2 mengeluarkan "fatwa" haram untuk undi BN kalau makan hasil kerajaan kelantan tetapi ramai penjawat awam tak malu untuk makan gaji kerajaan tp menyokong pembangkang. Tranfomasi yg dibawa kerajaan pasti tidak akan tercapai. Kerajaan perlu tegas menangani gunting dalam lipatan.. musuh dalam selimut!

Anonymous said...

BN/UMNO bole guna institusi Akademik utk berkempen yer?! paksa & ugut penjawat2 awam ni utk sokong BN/UMNO?! igt kerajaan ni BN/UMNO punyer ker. hasil kerajaan ialah hasil rakyat. BN/UMNNO bkn kerajaan, "PARTI" dgn kerajaan pon tak leh beza ker. nk semua penjawat awam undi kerajaan, buat la PARTI baru. "PARTI KERAJAAN". Akai ada ker? kalau ade guna la dol.penjawat awam kerja utk kerajaan bkn kerja dgn BN/UMNO..ade phm ker machai. puihh