Monday, January 24, 2011

Isu Karpal : Majlis Peguam lebih kurang sama je perangai!!!


Karpal jejas imej peguam

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Pengerusi DAP, Karpal Singh dilihat hanya mahu menagih sokongan politik dalam mengendalikan kes liwat kedua yang dihadapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, tindakan Karpal itu menjejaskan imej peguam tempatan dan sistem perundangan negara kerana para peguam sepatutnya mengutamakan fakta kes dalam mencari kebenaran.

Bagaimanapun katanya, tindakan Karpal itu yang pada satu ketika mengakui mempunyai bukti kukuh tentang penglibatan Anwar dalam aktiviti liwat dalam kes pertamanya dahulu dilihat berniat mengukuhkan cengkaman DAP dalam pakatan pembangkang.

Jika tanggapan itu benar katanya, tindakan Karpal tersebut jelas membelakangi etika dan kod amalan guaman yang menjadi pegangan para peguam tempatan.

"Dari segi profesional dan secara moralnya dia (Karpal) perlu menarik diri sebab dia sendiri sudah menyatakan dan pasti dengan bukti-bukti berhubung kes liwat Anwar sebelum ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan beberapa pihak sebelum ini yang mendesak Karpal supaya berundur daripada menjadi peguam bela Anwar bagi kes liwat kedua yang dihadapinya kini.

Karpal sebelum itu mengeluarkan kenyataan bahawa beliau pernah disapina untuk hadir perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar pada 1997 tetapi tidak dipanggil untuk memberikan keterangan.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu turut mendakwa bahawa tindakannya menyertai pasukan peguam bela Anwar tidak pernah dibantah oleh Peguam Negara ketika itu.

Choo Keong berkata, Karpal perlu menawarkan diri untuk menjadi saksi kepada kes liwat membabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, tindak-tanduk Karpal menunjukkan yang beliau sanggup menggadaikan maruah dan profesionalisme bagi menjayakan agenda DAP.

Katanya, beliau yakin Karpal tidak akan sesekali berundur daripada menjadi peguam bela Anwar walaupun sebelum ini Pengerusi DAP itu pernah mendakwa mempunyai bukti terhadap aktiviti liwat Anwar.

"Karpal sesekali tidak akan tarik diri kerana dia akan mengenali dan mendapat lebih banyak maklumat tentang Anwar apabila dia kekal bersamanya.

"Masing-masing ada agenda dan kepentingan sendiri jadi kedua-duanya saling memerlukan demi mencapai matlamat sendiri," katanya.

....................................................................


No comments: