Wednesday, January 5, 2011

Gempur : Shuhaimi Shafiei tak ada teloq??

Shuhaimi Shafiei sedia minta maaf pada Sultan

05/01/2011 1:37pm

SHAH ALAM, 5 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei bersedia meminta maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tersinggung dengan kenyataannya dalam laman blog srimuda.blogspot.com yang disiarkan pada 30 Disember lalu.

Beliau bagaimanapun tidak mengakui kenyataannya itu ditujukan kepada Sultan Sharafuddin tetapi kepada Setiausaha Sulit baginda dan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang memberikan tafsiran mereka sendiri ke atas peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Shuhaimi juga menuduh media, terutamanya Utusan Malaysia memanipulasi kenyataan beliau di blog tersebut.

Kenyataan itu disampaikan oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Azmizam Zaman Huri pada sidang akhbar di pejabat DUN Sri Muda di Kota Kemuning di sini.

Azmizam juga memberitahu yang Shuhaimi tidak dapat hadir pada sidang akhbar itu kerana menghadiri program bersama rakyat. - Utusan

.................................................................................................

Dah terkena batang idung dan hampir kena ISA atau mungkin hukuman yang lebih berat baru nak berkira2 nak mohon maaf? teloq tak dak la tu. Sempat lagi duk putar alam kata orang lain salah dan gitu gini sedangkan silap diri sendiri dan jelas menyokong penghapusan ketuanan melayu seperti yg dilaungkan di perhimpuanan PKR baru2 ini.

Menjadi dasar PKR untuk melucutkan kekuasaan raja2 Melayu supaya rakan mereka dari DAP selesa bermaharajalela!!...


No comments: