Wednesday, January 5, 2011

Gempur : Cina DAP halau Mamak Penang balik INDIA???









ADUN Komtar timbulkan isu perkauman?

PULAU PINANG 4 Jan. - "Tutup kedai, balik India," itulah ungkapan berunsur perkauman yang didakwa diluahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik kepada pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar, semasa operasi penyitaan di premisnya malam kelmarin.

Menurut Syed Kassali, 42, perkataan yang diluahkan Setiausaha DAP itu bukan sahaja menyakitkan hati serta mengguris perasaannya tetapi hati seluruh kaum India Muslim di negara ini.

"Dia boleh nafikan, tetapi semuanya terbukti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dipasang di restoran ini.

"Bukan itu sahaja, rakaman tindakan kasarnya terhadap saya dan pekerja di sini semuanya ada dalam simpanan kami," katanya di sini hari ini.

Tengah malam kelmarin, restoran tersebut kecoh apabila kakitangan MPPP merampas kerusi, meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di dalam premis tersebut.

Sebelum restoran berkenaan didatangi penguat kuasa, berlaku satu kemalangan berhampiran restorannya itu pada kira-kira pukul 10.10 malam melibatkan dua kereta.

Sebuah kereta yang dipandu seorang wanita tua telah merempuh sebuah kereta lain yang dinaiki sepasang suami isteri dan kemudiannya mengheret kereta itu masuk sehingga ke kawasan kaki lima restorannya.

Bagaimanapun, tiada pelanggan yang cedera dalam kejadian itu, namun televisyen milik restoran pecah akibat rempuhan tersebut.

Selepas itu, Wei Aik datang bersama beberapa yang lain ke restoran berkenaan dan mengarahkan penguat kuasa MPPP datang mengangkut barang-barang.

Menceritakan semula kejadian itu, Syed Kassali mendakwa, pada malam kejadian, Wei Aik bertindak kasar seperti samseng apabila tanpa memperkenalkan diri terus bertindak meluru masuk ke restorannya dan 'mengepak' tangan seorang pekerjanya.

"Saya tidak mengenalinya. Dia datang meluru dan terus memanggil penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk merampas barang-barang milik restoran. Dia juga datang menerpa ke arah seorang pekerja saya, menarik rokok dan mengepak tangannya.

"Inikah perangai sebagai seorang wakil rakyat," katanya.

...............................................................................................................

Seharusnya pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan tegas. Bukan hanya kepada Cikgu Ramlah dan beberapa orang lain tetapi juga kepada ADUN yg berkenaan supaya rakyat sedar undang2 tidak membatasi kedudukan. Jangan pilih bulu, jangan pilih kasih, dan bukan kerana agenda politik tetapi lakukan kerana sebagai negara majmuk keamanan dan hormat menghormati sesama kaum.

Dasar Ahli Politik Samseng!!

5 comments:

Anonymous said...

1penipuan...penyokong umno ni letak meja di tepi PLUS highway. Pencuri yg menjerit pencuri. -penduduk dari tempat kejadian

Anonymous said...

kakitangan MPPP merampas kerusi, meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di "DALAM" premis tersebut. Haha...ni dipetik dari Utusan ya? buta -penduduk dari tempat kejadian

Anonymous said...

Anon kat atas, tengok video bawah, dia ambil tong gas dari dalam kan? Meja kerusi yang di tolak, dalam kedai kan? Asyik-asyik nak salahkan utusan, boring leh.

http://www.youtube.com/watch?v=sqJmvvoQN_k&feature=player_embedded

Anonymous said...

nape x rakam meja2 di tepi jalan tu? kaki lima tu "dalam" premis? ada permohonan lesen? ni isu undang2, atasi perkauman. utusan? lebih drpd tu, media prima khususnya tv1 memperbodohkan melayu dgn fikiran negatif. isu 3r (race religion royal) alat politik murah

Anonymous said...

Aduh bila masa melayu ambik tau hal mamak? Ko orang memang ambik kesempatan untuk nak BLAST Pakatan je.Woi tolong sikit .Ingat tak bila ade MELAYU yang kata BALIK INDIA...BAlik CINA...takde buat heboh mcm ni pon.....Sebab dia orang UMNO.Woi, buat le amal jariah promote islam bukan bagi pecah blah rakyat.