Thursday, December 16, 2010

Penang dan Kedah dah Kenyang. PKR Selangor masih mintak sedekah!!!


Selangor mahu tarik lesen Syabas

SHAH ALAM 15 Dis. - Kerajaan negeri akan menarik lesen pembekalan air yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) ekoran keengganan syarikat itu mematuhi arahan menghentikan program Tabung Budi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya kini menunggu masa yang sesuai untuk mengambil tindakan tersebut melalui mahkamah.

Beliau berkata, tempoh selama 14 hari yang diberikan kepada Syabas untuk menghentikan program Tabung Budi telah tamat pada 6 Disember lalu dan pihaknya masih belum mendapat jawapan daripada syarikat itu.

"Kini kita ada sebab boleh tarik lesen Syabas. Kita hanya tunggu masa yang sesuai untuk pergi ke mahkamah.

"Kita akan tunjukkan kepada mahkamah yang Syabas tidak ikut arahan kerajaan negeri.

"Kita tak mahu mereka buat kerja kebajikan. Tugas kebajikan biar kerajaan negeri yang buat," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini petang ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya perkembangan isu program Tabung Budi yang telah diarah dihentikan dalam tempoh 14 hari oleh kerajaan negeri pada 23 November lalu.

...........................................................

PKR cemburu gila dekat PAS di Kedah dan DAP di Penang sebab dah boleh tidur lena atas tilam bercadar (pinjam ayat Anwar). Tetapi PKR di Selangor masih terpaksa bekerja keras untuk merampas AIR dari SYABAS. Maklum la air di Penang memang dikuasai oleh kerajaan negeri dan begitu juga di Kedah.

PKR melaungkan mereka bertindak selama ini adalah untuk menghalang kenaikan harga air tetapi sebenarnya lebih kepada meniru idea Profesor Gila dalam cerita CICAKMAN2.. Kuasai air maka akan kuasai segalanya. Buat masa nie kantung Kerajaan Neger i makin merosot.

Tapi ada dengar khabar angin PKNS sponser pekerjanya ke Hatyai ujung bulan January nanti... betul ke??

Sekadar menyebuk je...


No comments: