Thursday, December 16, 2010

ParlimenLeaks : Rehat 6 Bulan guna untuk kempen PRU13 Seluruh Malaysia!!!

Padah kenyataan hina dewan (Rahmat buat Pembangkang)

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Tindakan tiga ahli Parlimen pembangkang, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugur), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) menghina Dewan Rakyat dengan membuat kenyataan di luar dewan berkenaan prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengundang padah.

Ini kerana, hari ini, satu usul untuk menggantung ketiga-tiga ahli Parlimen tersebut selama enam bulan atas kesalahan menghina Dewan Rakyat telah dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan ia terkandung dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

Menurut usul itu, Karpal dan Sivarasa yang merupakan anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen didapati menghina Dewan Rakyat kerana telah membuat kenyataan di luar dewan berkenaan prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tentang keterangan serta surat yang dikemukakan semasa mesyuarat pada 3 Disember 2010.

Karpal dan Sivarasa dikatakan telah melanggar peruntukan Peraturan Mesyuarat 85, iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum jawatankuasa itu membawa penyata tersebut kepada Majlis (Dewan Rakyat).

Pada masa sama, berdasarkan usul itu juga, Azmin, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Disember 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah menyentuh tentang keterangan serta surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan juga pada tarikh yang sama.

Oleh itu, usul berkenaan menjelaskan, tindakan ketiga-tiga ahli Parlimen tersebut merupakan satu perbuatan menghina serta menyalahi hak dan keistimewaan mereka sebagai ahli Parlimen selain, satu penghinaan kepada Dewan Rakyat.

......................................................................

Gantung jangan tak gantung so mereka boleh hadiri ceramah dimana sahaja tanpa perlu hadir ke Parlimen. Dah dekat pilihan raya nie biasa lah. Pelepasan yang diberikan @ gantung 6 bulan adalah amat bagus untuk pembangkang...

No comments: