Wednesday, December 1, 2010

Mungkin betul apa yang Nik Aziz katakan!!!?

Nik Aziz puji petik al-Quran


emmmm!!! mungkin ada botolnya!!!!!

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berharap kecenderungan pemimpin dan masyarakat bukan Islam negara ini membaca atau memetik ayat al-Quran, akan mendorong hati mereka menerima Islam sebagai pegangan hidup.

Nik Aziz berkata, tanpa membaca al-Quran, sukar untuk golongan bukan Islam mempunyai kefahaman mengenai agama Islam dan ajarannya.“Ketika ini, al-Quran sudah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa untuk diberi kepada bukan Islam. Saya berterima kasih kepada bukan Islam yang membaca (ayat) al-Quran di depan (khalayak) ramai.

“Semoga terbuka pintu hati mereka menerima Islam. Sudah ramai orang Eropah termasuk saintis menerima Islam kerana membaca (dan memahami) ayat al-Quran dengan betul,” katanya selepas menemui jemaah Masjid Mahligai dekat Melor di sini, petang semalam.

...............................................................................

Mungkin betul juga kata2 malaun sorang nie. Memang ramai orang eropah yang menerima islam setelah mengkaji dan membuat penilaian dan terjemahan yang betul.
Mungkin selepas ini kita akan lihat Mr. Subra akan disunatkan oleh PAS kerana menerima islam dan mentafsir AlQuran dengan betul. Wakil2 DAP yang sebelum ini menggunakan Al Quran ramai yang dah kena "sunat" oleh PAS. Dah bertukar jadi muaalaf dan menyokong islam. Cuma karpal je belum berjaya disunatkan oleh PAS kerana tak berjaya langkah mayatnya lagi.
Yang lain2 tu dah menurut nampaknya. Dah masuk masjid, dah pakai tudung dah blajar mandi hadas, dah jauhi arak dan babi...
Memang betul la apa yang Nik Aziz cakapkan. Kita seharusnya berbangga dengan keyakinan kaum lain yang menggunakan tafsiran Al Quran ketika ceramah politik. Mungkin selepas ini mereka akan guna ketika ceramah motivasi, ketika bual bicara berkaitan kehidupan harian, ketika membuat perbandingan kebenaran agama dan seluruh aktiviti harian la.. hope la!!




yang pasti kena pandang dari sudut positive... tak lama lagi PKR akan berjaya menarik ulamak2 untuk menyertai mereka termasuk ulamak PAS.
Dan yang pasti juga... akan ramai lagi kaum cina dan india berani mentafsir Al Quran mengikut pandangan mereka sendiri yang selari dengan kehendak PAS.
Dan yang pasti juga PAS tak perlu susah payah untuk memperjuangkan islam kerana bangsa lain boleh ambik alih ceramah2 agama dan kemasyarakatan.
Dan Nik Aziz boleh tidur lena apabila berjaya menyunat cina dan india ramai2!!

sesungguhnya nik aziz benar belaka...



No comments: