Sunday, November 7, 2010

Seloka Banjir Bah!!

Dari Tanjung ke Pulau Ria,
Menjerat pelanduk kancil yang kena,
Kedah sejahtera Kedah Bahagia,
Musibah melanda Pemimpin tah kemana.




Terpekik terlolong rakyat bersama,
Cerita kecil dibesar dan dijaja,
Kata ISLAM dan adil saksama,
Mangsa musibah dianaktiri juga.




Kerajaan negeri menjadi miliknya,
Petik jari semua turut berusaha,
Musibah berhari masih terlena,
Ini motto MB berjaya.


Perlis, Kedah dan Siam banjir bersama,
Tapi Kedah masih tak boleh terima,
Negeri dibersih air yg melanda,
Jalan keretapi pulak disalahkannya.


Setiap insan tak lepas dari ujian Allah, dalam bentuk kesusahan mahu pon kesenangan.

No comments: