Sunday, November 7, 2010

Sejenak : Kenapa Hanya RM250?

Bro Framestone Duit Raya
GAMBAR HIASAN!


Awal2 lagi PAS menyatakan sesiapa yg pulang dari perantauan untuk mengundi akan perolehi RM250. Maka timbul isu sogokan dan rasuah yang dimainkan oleh jentera BN.
Tiba dihari pengundian ada insan yang menyatakan BN hulur RM250 dalam sampul coklat untuk meraih undi.
Persoalannya kenapa RM250? kalau BN nak kasi kena la lebih sikit.. RM300 ke.. 4oo ke.. baru boleh menaikkan gairah dan selera penggundi... ini sekadar 250... mana boleh... nombor tu PAS yang punya.... awal2 dah umum di akhbar!...

Ramai yang tanya.. kenapa PAS siarkan hanya berjumlah RM250? adakah sampul itu milik PAS untuk mereka yang pulang dari perantauan? Tetapi kerana inginkan publisiti murahan dan penipuan maka banyak blog pembangkang termasuk malaysiakini dan juga Muka Hadapan HARAKAH menyiarkan gambar duit ditangan pemuda berbaju HIJAU!!!....

Tanpa wajah... tanpa laporan polis, tanpa laporan SPRM dan tanpa sesiapapon tampil mengakui menerima duit berkenaan dan dari lokasi yg mana, gambar dibawah tetap dimainkan oleh pembangkang...

Ini mungkin cuba dimainkan untuk menentang gambar yang dimainkan oleh BN ketika itu dalam meraih undi mereka yang waras.

Dalam gambar ini, wajah penerima malah pemberi jelas dan nyata serta mereka2 yang menjadi saksi penghuluran duit bertukar tangan (lebih dari 4 Orang saksi). Ramai yg pelik selepas je mengucap terus duit dihulurkan dan mengapa tidak didahulukan acara lain dan sumbangan diberikan selepas menilai dan membuat perhitungan keperluan mereka. Teringat kisah tabligh Kristian yang menjanjikan duit selepas sahaja menyetujui dan mengakui Kristian @ agama mereka.

Islamik kah HARAKAH jika berterusan memainkan berita yang tidak betul serta meragukan? Waraskah pembaca HARAKAH jika sekadar menerima bulat2 berita itu tanpa disokong bukti dan saksi. Dimanakah ketelusan dan unsur2 islam dalam menyalurkan info membina?

Seharusnya PAS melalui pemimpin2 ulama menegur lidah rasmi mereka ini untuk tidak bertindak menyongsang arus dan jujur dalam setiap berita yang disiarkan.

1 comment:

hanizam said...

hhhuuuiii, PAS bagi boleh...halal...sedekah...

BN bagi rasuah, haram....tapi kalau bagi juga ambik je..pangkah BULAN tau...

tu antara komen bodoh pemimpin PAS yang sesat dalam kuasa politik...

cakap macam budak tak sekolah...taraf macam bontot %^&*&....