Sunday, November 21, 2010

Panas : 13 Mei perlu sentiasa diingati. Jangan sampai bangsa MELAYU lupa sejarah dalaman berdarah ini!!!

TRAGEDI 13 MEI... TUGAS UNTUK PERKASA


Kalau kerajaan sendiri sudah tidak sanggup atau takut kerana ia akan menimbulkan perasaan kurang senang golongan yang pernah mencetuskan tragedi tersebut, mungkin hari berkenaan boleh dianjurkan oleh NGO-NGO. Apatah lagi, di negara ini 13 Mei 1969 bukanlah satu-satunya hari persengketaan antara kaum. Malah kalau dibandingkan dengan kekerasan Bintang Tiga ketika Jepun meninggalkan negara ini dan sementara menunggu kedatangan British, jumlah Melayu dan Cina yang mati sia-sia jauh lebih besar.

Di Sungai Manik sahaja, berapa ramai Cina yang mati ditimpas. Berapa ramai pula Melayu yang mati direndam dalam parit tali air. Dan berapa ramai pula komunis yang lari ke Langkap sebelum mereka membunuh ramai Melayu di sana untuk membalas dendam kekalahan mereka di Sungai Manik dan Teluk Anson (Teluk Intan).

Inilah masanya PERKASA nak tunjuk hebat. Inilah juga masanya PERKASA hendak menunjukkan dan membuktikan bahawa kewujudan mereka bukan setakat melaung-laung kosong di tepi jalan dengan pembesar suara bagaikan anjing jantan menyalak mencari anjing betina untuk ditutuh juburnya dari belakang. Inilah masanya, PERKASA tidak perlu lagi mencari alasan, mengapa demonstrasi yang mereka gerakkan, tidak pernah lebih 50 orang dengan para demonstrator berbadan gedabak dan kalau dikejar FRU pun, baru melangkah setapak dua, harus lidah terjelir sampai ke tanah sebab terlalu senak dan sesak nafas.

PERKASA boleh buktikan relevannya mereka dalam arus perdana. PERKASA boleh gabungkan NGO-NGO bangsa lain dan menjadi penggerak kepada muhibbah dan perpaduan yang diinginkan oleh rakyat jelata, tetapi sangat DIBENCI oleh ahli-ahli politik, khususnya dari parti pembangkang. Gabungkan NGO-NGO yang berteraskan kepelbagaian kaum seperti mana BARISAN NASIONAL menggabungkan parti-parti dari pelbagai kaum dalam satu wadah.

Gabungan NGO-NGO yang diketuai oleh PERKASA itu bolehlah menjayakan 13 Mei sebagai hari muhibbah atau hari perpaduan. PERKASA bolehlah buktikan pada masa itu bahawa kewujudannya untuk mempertahankan hak-hak Melayu bermakna PERKASA juga mempertahankan hak-hak kaum lain yang berkongsi hidup, bermastautin dan meninggal dunia di negara ini.

Dan pada hari sambutan berkenaan, eloklah juga PERKASA membuat konvensyen sepertimana yang dibuat oleh Pakatan Rakyat dan bakal dibuat oleh Barisan Nasional. Cuma bezanya, semua yang hadir adalah NGO-NGO yang mendesak agar kerosakan, kekacauan, ketegangan dan konflik yang dicetuskan oleh orang politik, dijadikan iktibar agar perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang mencintai negara ini, bertambah subur. Segala masalah pada zaman silam, dijadikan sebagai pelajaran dan iktibar yang berguna untuk generasi masa hadapan.

Setidak-tidaknya, PERKASA bolehlah juga menerangkan jenis-jenis songkok yang sering digunakan oleh orang Melayu, khususnya SONGKOK TINGGI... sebabnya songkok itu sendiri adalah asimilasi bangsa lain di dalam budaya Melayu yang telah diterima pakai sebagai budaya sendiri...

Sumber : The Flying Kick
-----------------------------------------

Mungkin jika para NGO tak berani mengangkat muka dalam memperjuangkan peristiwa 13 Mei mungkin para blogger boleh bersatupadu untuk sentiasa memperingati detik ini. Pada tanggal 13 Mei setiap tahun dan kalau boleh sebulan sebelum tarikh itu sama2 menyiarkan kisah, peringatan, punca, peranan, dan segala macam isu berkaitan 13 Mei supaya pembaca blog atau pelawat2 blog sentiasa memperingati sejarah dalaman negara yang penuh warna2 merah yang cuba dilipatkan dan dilupai oleh bangsa lain juga sebahagian melayu durjana.


No comments: