Monday, November 29, 2010

Macam Biasa : Islam dihina, PAS salahkan UMNO!!?




Pinjam dari Blog Anak Seberang



Seperti biasa, ulamak2 PAS akan menyalak menyatakan apa yang berlaku di Kovensyen PKR yg lalu adalah kerana Umno. Umno tidak betul dalam memberi gambaran Islam kepada bukan islam hingga islam dihina sedemikian rupa.
Ketika Subra membaca tafsiran ayat Al-Quran berkenaan pastinya pemimpin2 melayu dalam PKR tidak mampu membuat apa2 terhadap kepincangan ini. Selagi ianya menguntungkan POLITIK mereka akan terbiarlah isu ini.
PAS seharusnya malu terhadap orang bukan islam dalam Pakatan Rakyat. Mereka bersama2 berjuang menentang BN dan UMNO seharusnya PAS memberi gambaran sebenar tetang islam. Tetapi rakan sebantal setilam mereka dalam PR semakin berani memutarbelitkan islam dan PAS sekadar membiarkan sahaja. Adakah ini kesan daripada pejuangan yang sama? Adakah PAS sekadar menjadi pak turut dalam PR.
Untuk harapkan Melayu dalam PKR membela islam jauh sekali. Dengan perkembangan terkini PAS juga tidak boleh diharapkan. Untuk mengeluarkan kenyataan berkaitan kepincangan tafsiran Al Quran pon tiada inikan pula untuk membela orang melayu. Seharusnya betul apa yang nik aziz nyatakan bahawa malu untuk mengaku melayu kerana PAS tidak pandang kepada MELAYU.
Semakin kacau parti2 yang bertindak melaungkan keadilan. Bukan sahaja melayu islam terabai malah kaum2 lain juga seperti dianaktirikan serta diperkudakan secukup2nya demi kuasa duniawi.
Akhir kalam.. PAS ibarat tikus dan untuk apa berharap kepada tikus yang menikus untuk membaiki labu....




No comments: