Wednesday, November 24, 2010

Gempur : Zambry dah kenyang, yang lain akan menyusul??!!

Macamana Suara Keadilan Nak Bayar Saman Dr. Zambry?

Saya berasa amat simpati sebenarnya kepada akhbar Suara Keadilan kerana kalah dalam kes saman Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir terhadap akhbar berkenaan.

Lebih simpati lagi bila Penolong Pendaftar Kanan, Noordura Mohamed Din menerima permohonan penghakiman Zambry terhadap empat defendan dalam tuntutan saman bernilai RM100 juta itu.

Untuk rekod, pada 25 Februari lepas, Zambry telah memfailkan saman fitnah terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalannya, Dr Syed Husin Ali dan dua yang lain terhadap artikel yang disiarkan dalam akhbar bulanan PKR itu.

Dalam tuntutannya, Zambry berkata artikel yang disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan edisi 29 Disember 2009 – 5 Januari 2010, bertajuk ‘Zambry disyaki pengganas gagal masuk ke Amerika Syarikat’ didakwa mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu dan tidak berasas serta disiarkan dengan berniat jahat.


....................................................

ADUN BN mahu Harakah mohon maaf

24/11/2010 10:47am

BUTTEROWRTH 24 Nov. - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang kawasan Pulau Betong Muhamad Farid Saad daripada Barisan Nasional (BN) memberi tempoh dua minggu kepada akhbar terbitan Pas, Harakah, supaya memohon maaf berhubung laporan yang tidak benar mengaitkan beliau.

Katanya, jika akhbar itu gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari ini, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

Muhamad Farid mendakwa, akhbar itu telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk ‘Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian’ anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lepas.

"Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa kesilapan pemimpin UMNO adalah punca tanah orang Melayu berkurangan di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di sini malam tadi.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. - Bernama

...............................................................

Menang sorak tapi kampung tergadai.........

No comments: