Friday, November 26, 2010

Gempur : PEMUDA PAS sokong rumah urut di Penang???



Pemuda PAS bantah lesen rumah urut

2010/11/26 (Berita Harian)

GEORGETOWN: Beberapa kain rentang mengkritik kerajaan negeri berkaitan lesen rumah urut dan pusat hiburan yang menimbulkan kontroversi sejak pakatan pembangkang mengambil alih negeri ini dikesan dipasang di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.

Kain rentang itu tertera ayat seperti 'Kami Pemuda PAS membantah kerajaan negeri lulus 96 lesen rumah urut, 1,367 hiburan awam di Pulau Pinang'.Satu daripada lokasi dipasang kain rentang itu adalah di pagar Masjid Negeri di sini.
Kawasan lain dipercayai turut dipasang kain rentang berkenaan adalah di Balik Pulau iaitu depan Pejabat Pertubuhan Peladang, Jalan Kampung Terang berhampiran balai bomba, simpang tiga Masjid Pulau Betong, simpang tiga Jalan Ayer Puteh, papan tanda bulatan pekan Balik Pulau dan stesen bas Balik Pulau.

Senarai komen

DINO
Sepatutnya PAS sedar dah lama dah jangan hanya dok sandiwara
fatihah nordin
Wahai umat manusia,urut tu bagus untuk kesihatan. Namun jagalah tingkahlaku agar tidak terjerumus ke lembah maksiat. Ape nak jadi dah dengan dunia ini,makin banyak maksiat,makin hampir dengan kiamat. Gunalah dengan bijaksana kuasa yang ada pada kita.

zzz
btol ke pmuda pas yg bt kain rentang tu? ke org lain yg buat pastu ltak logo pas kt situ.. skng ni mcm2 taktik dguna untuk mnjtuhkan pihak lawan.. dh bnyk x dah jd mcm ni... jgn main taktik kotor.. xelok.. bedosa.. letih nk mnjwb kt akhirat nant...
............................................................................................................

Lihat la dan hayati la apa yang dilakukan oleh Pemuda PAS. Sekadar kain rentang yang menghiasi untuk menunjukkan protes. Adakah LGE akan layan? Wakil mereka tiada didalam kerajaan Penang so bagaimana untuk menyuarakan isu ini lebih berkesan? Maka suara2 sumbang ini pasti dipandang sinis oleh PR. Yang penting agenda tersembunyi DAP berjalan dengan lancar.

Dan mungkin benar seperti kata pengkomen dibawah tu... PAS tak buat kain rentang tu.. ada pihak lain yg lakukannya dan bubuh logo PAS kerana nak tunjukkan bahawa PAS bersuara tetapi sebenarnya PAS tak lakukan malah MERESTUI pembukaan rumah urut berkenaan dan satu strategi meningkatkan kadar perlancongan ke Penang dengan meniru apa yang berlaku di Thailand. Lagipon PAS memang biasa dipergunakan dan ditunggangi oleh Parti2 lain dalam PR.

No comments: