Monday, November 15, 2010

Gempur : Nalla tak perlu jelaskan. DAP dan PAS saja nak "tunggang" Anwar!!

Nallakarupan sedia bertemu Pas, DAP




KUALA LUMPUR 14 Nov. - Datuk S. Nallakaruppan berkata, beliau malu apabila melihat pucuk pimpinan Pas masih taksub kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun pelbagai tembelang Ketua Pembangkang itu telah terdedah.

Sehubungan itu, beliau yang merupakan bekas rakan karib Anwar bersedia untuk bertemu pemimpin Pas jika mereka berminat untuk mengetahui wajah sebenar pemimpin itu.

Katanya, cadangan pertemuan itu adalah atas dasar hormat kepada Pas yang disifatkannya sebagai sebuah parti yang dianggotai orang alim.

"Pada bila-bila masa dan di mana sahaja saya bersedia untuk bertemu pemimpin Pas bagi mendedahkan wajah sebenar Anwar dan kenapa dia terlalu sayang kepada Azmin sehingga boleh menjejaskan masa depan pakatan pembangkang sendiri.

"Saya malu bila tengok pemimpin Pas yang alim boleh terpengaruh dengan Anwar dan saya tidak kisah mereka tidak mahu menerima pandangan saya selepas pertemuan kelak asalkan saya telah melunaskan tanggungjawab untuk menyatakan kebenaran. Selanjutnya dalam UTUSAN MALAYSIA.


Lagipon ULAMAK2 PAS mana percaya boleh kata2 NALLA . nanti jatuh hukum Haram dan Masuk Neraka lak!!... , sbb kata2 imam al Karpal dengan Khalifah LGE dan Tok Guru LKS lebih dipercayai dan boleh membawa ke syorga!!...


Amboii!!!


No comments: