Friday, November 5, 2010

GEMPUR : MELAYU NEGERI LAIN JUGA AKAN SENASIB!

Anak emaskah Welki berbanding Balik Pulau?

BANYAK sekali pendedahan dan rungutan mengenai sikap kerajaan DAP Pulau Pinang ke atas kaum Melayu di negeri itu. Apa boleh buat? Nasi sudah menjadi bubur.

Orang Melayu Pulau Pinang perlu menunggu sehingga pilihan raya yang akan datang, sama ada terus menyokong Pakatan Pembangkang atau kembali kepada Barisan Nasional.

Saya masih teringat dalam satu ceramah tertutup, orang kuat PKR mengatakan kalau UMNO menang di Balik Pulau, satu marina akan didirikan di kawasan Balik Pulau di kawasan tanah milik Melayu. PKR menentang pembinaan tersebut.

Sekarang PKR sudah menang, bukan UMNO yang menghalau orang-orang Melayu Balik Pulau, tetapi PKR bersekongkol dengan DAP untuk menghalau orang-orang Melayu di kawasan berkenaan.

Banyak kawasan Melayu dijadikan sasaran, tetapi satu tempat penempatan orang Cina di Weld Quay (disebut Welki oleh orang Pulau Pinang) tidak diusik oleh DAP walhal tanah tersebut adalah milik kerajaan. Anak emaskah orang di situ?

Kenapa kawasan Melayu yang menjadi sasaran DAP, tetapi kawasan Cina yang menyakitkan mata memandang tidak diusik?

ANAK SELUANG

Kulim

....................................................

Diatas tu luahan seseorang didalam Utusan Malaysia. Jika sebelum ini apa juga yg dikatakan oleh Umno berkaitan DAP seperti mencurah air didaun keladi tetapi kini semakin jelas agenda yg dibawa oleh Parti Cina Resis ini!... ini hanya secebis kekesalan dan jika diberi kebenaran untuk menitipkan kekecewaan pasti ramai lagi akan meluahkannya. Yang dibawah pula kekecewaan seorang rakyat Kedah yg perlu diambil ikhtibar. Parti PAS yg disanjung sebelum ini seperti tidak penah wujud selepas menang pilihan raya. Yang sengsara... mereka yg memilih dan berjiwa PAS!.... renung2kan lah untuk hari muka.....

.........................................................................

Ahli Pas Baling kecewa wakil rakyat tak jenguk

SELEPAS pilihan raya umum ke-12 lalu hingga ke hari ini kami penduduk kampung berdekatan Kampung Batu 7, Jalan Baling-Pengkalan Hulu tidak menerima sebarang janji seperti yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah semasa berkempen dalam pilihan raya umum lepas.

Berbagai janji yang dihamburkan dengan manis kepada kami terutama kepada ahli Pas supaya terus memberikan sokongan kepada calon Parlimen Pas di Baling bagi menegakkan syiar Islam dan pembangunan di daerah Baling.

Tetapi hingga ke hari ini kami ahli-ahli Pas masih tertunggu-tunggu janji yang diberikan kepada kami sebelum ini, malah setiap kali berlaku bencana seperti banjir dan ribut kami kecewa kerana pemimpin Pas di peringkat atasan tidak nampak muka langsung.

Kami amat kecewa kerana tidak ada satu pun janji yang ditunaikan termasuk yang kami kesalkan kerajaan Pas Kedah menaikkan harga air dengan kadar yang begitu tinggi.

Dulu kata nak sejahterakan rakyat, tetapi kini kami yang mengundi calon Pas turut menderita akibat kerajaan Pas Kedah tidak langsung menunaikan apa-apa pun janji yang mereka buat malah setiap kali berlaku bencana, kami terpaksa menadah tangan untuk menerima bantuan daripada wakil rakyat UMNO, walaupun malu tetapi kami terpaksa juga ambil.

Ke manakah perginya pemimpin Pas kawasan Baling seperti Ustaz Taib Azamuddin Mohd. Taib, Cikgu Johari Abdullah dalam lain lain kepemimpinan Pas kawasan ini?

Sambutan hari raya Aidil Fitri lalu kami ahli-ahli Pas yang ditakrif sebagai keluarga susah juga tak dapat apa-apa bantuan, malah duit zakat yang sepatutnya kami terima juga kami tak dapat. Beginikah sejahterakan Kedah kalau kepimpinan Pas mengamalkan sikap pilih kasih seperti ini?

Kepada Ahli Parlimen Baling, kerap-keraplah jenguk kami di kawasan yang memerlukan bantuan YB, bukannya rumah kami jauh sangat dari rumah YB, tetapi YB tak pernah jenguk pun. Masa berkempen dulu YB sanggup berulang kali datang memujuk kami untuk bantu sokong Pas, tetapi hari ini kami sukar sekali nak jumpa YB.

Kami rakyat miskin mudah ditipu, tetapi kami juga mampu mengubah keadaan bila sampai masanya, bila kami sudah tersedar dan merasa kami tertipu.

Kepada Ahli Parlimen Pas Baling, jenguklah kampung kami yang tidak jauh dari rumah YB iaitu Kampung Rambong, Kampung Kaki Bukit, Kampung Batu 7 dan Kampung Padang yang masih ketinggalan jauh berbanding kampung lain yang banyak menerima nikmat dari kerajaan Barisan Nasional kerana mereka tidak tersalah pilih dalam pilihan raya umum lepas.

Untuk pengetahuan YB, kampung Kaki Bukit menderita setiap kali berlaku banjir. Muka YB tak kelihatan. Apabila berlaku ribut pun muka YB tak nampak. Malangnya kami kerana tersalah pilih...

ANAK TOK MUDIM

Baling

No comments: