Monday, November 8, 2010

Gempur : "DISARAN" atau tanggungjawab?

Pemimpin BN disaran tinjau masalah rakyat



KUALA LUMPUR 7 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan kepimpinan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya turun padang bagi melihat permasalahan rakyat dan menyelesaikan masalah dalaman parti masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu adalah selari dengan komitmen Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan berkunjung ke setiap negeri bersama beliau untuk meninjau permasalahan yang sama.

Katanya, gerak kerja itu perlu dimulakan segera kerana masih wujud masalah dalaman parti sehingga adakalanya terlalu banyak masa dihabiskan untuk memperbetulkan keadaan.

"Saya beri jaminan sebagai Timbalan Pengerusi BN bukan sahaja akan mendokong apa yang diusahakan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri tetapi akan berusaha bersama-sama supaya dalam tempoh beberapa bulan ke hadapan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13, kita sudah menyelesaikan banyak masalah.

"Dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Perdana Menteri nyatakan beliau dan saya akan turun ke setiap negeri, jadi saya nak cadangkan semua parti komponen supaya turun melihat keadaan di bawah, mencari jalan menyelesaikan masalah dan ambil tindakan yang sesuai untuk membantu rakyat," katanya. Seterusnya di Utusan Malaysia.


Kenapa disarankan? Kenapa dah hampir PRU13 masih perlu diingatkan? seperti budak nak ambik SPM, dah nak duduki peperiksaan baru nak selak buku?

Sedangkan ianya perlu @ wajib menjadi agenda utama para pemimpin yang terpilih dikalangan pembangkang mahupun BN. Tak perlu perkataan saranan menjadi titik tolak untuk bertindak, tak perlu bencana alam dan kematian menjadi punca untuk bergerak tetapi jadikan rutin yg wajib supaya mesej yang dibawa selaku pemimpin sampai kepada rakyat. Jika YB teramat sibuk, pasukan gerakan parti masing2 boleh menjadi saluran utama melihat isu masyarakat yang diwakili. Tak harapkan YB tunjuk muka sepanjang masa tetapi waktu2 tertentu turun lah dan lihat sendiri permasalahan. Tak selesai 100% tetapi 50% atau 70% pon dah memandai.

Bekerjalah bersama masyarakat setempat...........

No comments: