Wednesday, November 24, 2010

Gempur : Bila Anwar berkata-kata, 10 keluar.. 20 tak boleh dipercayai??!!

We have the numbers... we have the numbers... we have the numbers!



Betulkah PKR ada 400,000 ahli?

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya ia mempunyai sehingga 400,000 anggota menjadi tandatanya banyak pihak termasuk ramai bekas pemimpin parti itu sendiri.

Menurut mereka sehingga kini, dakwaan itu gagal dibuktikan sama ada menerusi rekod bertulis mahupun pemilihan Majlis Pimpinan Pusat yang berakhir Ahad lepas yang menyaksikan hanya 10 peratus daripada jumlah yang dikatakan anggota parti keluar mengundi.

Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, saiz keanggotaan PKR itu amat diragui bahkan sebelum beliau keluar dari parti itu pada Mei 2007, tiada satu rekodpun ditunjukkan bahawa parti itu mempunyai ahli sebanyak itu.

"Setiausaha agung dulu (Datuk Salehuddin Hashim) tidak pernah menunjukkan rekod jumlah keahlian dan setiausaha sekarang ini (Saifuddin Nasution Ismail) pun tak pernah tunjuk. Jadi ini amat meragukan.

"Kalaulah betul ada ahli sebanyak yang dikatakan, buktikanlah. Daripada pemilihan MPP pun, yang mengundi Mohamed Azmin Ali (calon timbalan presiden) tak sampai lima peratus pun,” katanya kepada Bernama.

Anuar berkata, sekiranya benar anggota PKR sebesar itu, ini bermakna sebahagian besar tidak mengambil bahagian dalam proses pemilihan parti, maka ini dilihat sebagai satu protes secara halus. - Bernama

.............................................................................................


400K??... makin ramai berani mempertikaikan quantity ini kerana hingga hari ini tiada satupon data berkualiti yang boleh mengesahkan hal ini.


No comments: