Sunday, November 21, 2010

Gempur : Aminah dan Anwar Sama Sahaja!!??

AMINAH ABDULLAH / MANTAN KETUA WANITA PKR P.PINANG
Anwar Ibrahim


Sama sahaja? Yes .. dua ekor nie sama je... kata ada bukti tapi masih tertunda2 untuk dedahkan... Tunda untuk menjelaskan kepada rakyat. Apabila tunda2 nie nampak seperti bermain tarik tali.
Dulu Anwar ingin dedahkan info dari dalam "KOTAK" tapi sampai la nie habuk pon tarak!
Sekarang KAK MIN nak dedahkan keburukan Anwar sampaikan Anwar anak beranak burukkan negara di Indonesia dan Australia, Kak Min masih nak simpan dan tanya "KAWAN"? Tanya kawan atau tunggu TAWARAN?
Maaf cakap la... kalau anasir saki baki bekas PKR nak tak nak tercalit juga strategi bekas BOS sendiri. Tunggu dan Tunda! Sekarang masa yang sesuai dan bukan ketika hampir pilihan raya. Masyarakat akan menganggap semua yang dilakukan hampir pilihanraya sekadar untuk menang pilihan raya tetapi bukan kerana negara dan bangsa!!!
Kak Min.. Kak Min... Juga kepada semua bekas2 PKR yang menyimpan rahsia Anwar. Anda semua "berdosa" kerana masih lagi membenarkan Anwar bermaharajalela merosakkan perpaduan, keharmonian, nama baik negara Malaysia.

Fikir2kanlah!!
....................................................................................

Aminah akan dedah tindak-tanduk Penasihat Parti Keadilan Rakyat

PULAU PINANG 20 Nov. - Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah menunggu masa dan keadaan yang paling sesuai untuk mendedahkan bukti rakaman percakapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghentam rakan sekutunya, DAP dan Pas.

Beliau tidak menolak kemungkinan pendedahan mengenai percakapan Penasihat PKR itu akan dilakukan dalam masa terdekat tetapi belum menetapkan tarikh dan masanya.

Menurut Aminah, pendedahan itu akan dibuat setelah mendapat persetujuan beberapa rakan yang turut sama berjuang dengannya dalam membuka mata masyarakat mengenai siapa sebenarnya Anwar.

"Saya bersedia menyahut cabaran beliau (Zamil Ibrahim). Buat apa saya takut kerana saya memang mempunyai rakaman berkenaan yang kini berada dalam simpanan beberapa rakan baik.

"Apabila tiba masa yang sesuai kita akan dedahkan supaya masyarakat di luar sana tahu siapa sebenarnya Anwar yang mereka sanjung. Saya akan berbincang dengan beberapa rakan untuk berbuat demikian," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.






No comments: