Tuesday, November 23, 2010

Gempar : Utusan Buat cerita Dongeng pasal Kelantan??


Kome nie!! jangan la buat cerita pasal kelantan... burukkan kelante.. mana de pengangguran kat kelante?? tak caya?? g sendiri kat Kelante... sana orangnya mewah2 pe... murah senyuman, wanitanya rajin2, come come lak tu....

mana ada pengangguran.... !!!

Check kat proton selangor dan perak.. mana ada orang kelante?

Check dekat Perodua rawang.. mana ada orang kelate?

Tengok kedai2 makan kat seluruh pelusuk negeri lain.. mana ada gerai kelate?

Utusan buat onar betul!!!

...........................................................................................................................................

Penganggur di Kelantan meningkat

KOTA BHARU 22 Nov. – Jumlah penganggur di Kelantan meningkat kepada 25,733 orang bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding 24,336 orang untuk tempoh yang sama tahun lepas.

Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Kelantan, Mohamad Yaacob memberitahu, antara penyumbang utama kepada pertambahan itu ialah kurangnya pekerjaan di negeri itu.

Beliau berkata faktor lain ialah sikap rakyat Kelantan yang memilih pekerjaan atau enggan berhijrah ke tempat lain kerana mahu bekerja di negeri itu.

Mohamad berkata, jabatan itu sedang meningkatkan kesedaran dalam kalangan penganggur dan lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi menerusi Program Penempatan Pekerjaan (3P) Azam Kerja Peringkat Negeri 2010 yang akan diadakan di sini pada Sabtu dan Ahad ini.

Katanya, melalui program itu sebanyak 2,124 peluang pekerjaan akan ditawarkan yang merangkumi dalam bidang profesional dan teknikal (107), pengurusan (398), perkeranian (20), tenaga mahir dan separuh mahir (440) serta am/buruh/operator pengeluaran (1,159).

Mohamad berkata, peserta program akan diberi elaun RM100 dan tambang percuma sepanjang dua hari itu. – BERNAMA


No comments: