Tuesday, November 9, 2010

Gempar : Ahli Politik Buat Hal Pasal Nikah Kahwin????

AKAD NIKAH KAHWIN LARI POLIGAMI BUKAN SINDIKET SIAM THAILAND THAI


JAIS siasat satu lagi kes pasangan berprofil tinggi

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Selepas pasangan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dan pelakon, Zizie Izette A. Samad, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini sekali lagi menyiasat kes pasangan berprofil tinggi yang berpoligami tanpa kebenaran.

JAIS dalam satu kenyataannya di sini hari ini memberitahu, pasangan tersebut turut melakukan kesalahan yang lebih besar apabila di percayai menggunakan khidmat sindiket jurunikah yang tidak bertauliah di daerah Gombak.

"Pasangan berkenaan berbuat demikian kerana dipercayai mahu mengambil jalan mudah untuk bernikah segera pada tarikh yang menjadi idaman ramai iaitu 10 Oktober tahun ini (101010)," jelas kenyataan itu.

Menurut JAIS lagi, kes tersebut membabitkan seorang pegawai biro aduan komuniti bagi sayap pergerakan sebuah parti politik, berusia 32 tahun dan sudah beristeri.

"Pasangannya pula ialah seorang wartawan bahagian berita sebuah stesen televisyen swasta berusia 25 tahun," jelas kenyataan tersebut.

Selain menggunakan khidmat sindiket jurunikah tidak bertauliah, pernikahan pasangan tersebut juga didapati tidak sah kerana wartawan wanita berkenaan tidak memaklum atau mendapatkan izin wali yang sah.

Selain itu katanya, sijil nikah yang dikeluarkan oleh sindiket tersebut kepada pasangan itu juga cuma merupakan sekeping kertas kajang bertulisan jawi.

"Menurut sumber JAIS, wartawan wanita berkenaan telah membuat laporan pernikahan itu di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur baru-baru ini tetapi pasangannya belum berbuat demikian.

"Pasangan tersebut dan jurunikah tidak bertauliah yang telah menikahkan mereka, boleh didakwa di mahkamah syariah mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

"Kes tersebut dijangka mendapat perhatian umum kerana pasangan lelaki adalah pegawai dari sebuah parti politik, yang pernah terlibat dalam urusan membawa pulang semula wanita Malaysia yang dilarikan lelaki Lombok," jelas kenyataan itu.

Difahamkan, wartawan wanita tersebut adalah seorang anak yatim piatu mualaf (saudara baru) yang tidak begitu arif tentang hukum-hakam Islam, termasuk dalam soal rukun nikah dan Undang-Undang Keluarga Islam.


Mari kita lihat siapa yg kena???????????

No comments: